IKRAR: AMT PBS melafazkan ikrar parti selepas mesyuarat berjadual semalam.

 PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengadakan mesyuarat berjadual bagi membincangkan hal-hal berkenaan parti dan sesi bertukar pendapat sesama Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

Timbalan Ketua Menteri yang juga Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata, agenda utama mesyuarat itu adalah membuat perbincangan lanjut mengenai persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Katanya, mesyuarat 'housekeeping' itu bertujuan memberikan penerangan lebih lanjut mengenai perkembangan kerjasama PBS dengan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Menurutnya, PBS akan mengadakan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan STAR.

Pada mesyuarat itu juga jelasnya, AMT sebulat suara akan mengemukakan keputusan mesyuarat ‘task force’ yang diketuainya kepada Presiden PBS.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat PBS di sini hari ini.
 
Turut hadir, Timbalan Presiden PBS Datuk Jahid Jahim dan Datuk Seri Panglima Dr. Yee Moh Chai; Setiausaha Agung PBS Datuk Julita Majungki; Naib Presiden PBS Datuk Ruslan Muharam, Datuk Hendrus Anding, Datuk Johnny Mositun, Datuk Peter Mak, Datuk Daniel Kinsik dan Murshid Mohd Rais; Bendahari PBS Datuk Lu Kim Yun dan Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai.