Jualan Akhir Tahun Karnival Krismas 2023 sudah bermula dan bakal berakhir pada 30 Disember depan
KUCHING: Kimgres Marketing Sdn Bhd (Kimgres) menawarkan diskaun 70 peratus untuk Jualan Akhir Tahun Karnival Krismas 2023 yang sudah bermula dan bakal berakhir pada 30 Disember depan.
Menurut satu kenyataan hari ini, Kimgress yang terkenal dengan jubin dan barangan sanitari berkualiti tinggi, menawarkan harga termurah dengan harapan untuk menceriakan suasana ruang kediaman.
"Jualan Akhir Tahun Karnival Krismas melibatkan seleksi pilihan melebihi 1,000 jenis barangan dan bukan sekadar diskaun yang luar biasa, ia adalah pengalaman yang mengasyikkan untuk semua orang.
"Pengunjung akan diberikan rundingan oleh pakar daripada pihaknya selain bimbingan daripada kakitangan Kimgres Marketing yang berpengetahuan.
"Pihak kami akan mencadangkan jubin yang ideal untuk pengubahsuaian ruang kediaman terutama bagi mereka yang baru pertama kali melakukan pembaikan rumah," katanya.
Selain jubin porselin yang elegan kepada barangan sanitasi yang canggih, jualan itu akan merangkumi spektrum luas produk yang direka untuk memenuhi pelbagai cita rasa dan pilihan setempat.
Kimgres Marketing menjemput pengunjung untuk ke Cash & Carry Outlet Kim Hin Industry Berhad di Batu 4 1/2, Jalan Kung Phin dan Kimgres Marketing Sdn.Bhd di Jalan Central Timur, di sini.
Untuk butiran dan pertanyaan lanjut, lawati bilik pameran Kimgres Marketing atau media sosial pihaknya di facebook.com/kimgres atau laman web www.kimgres.com.
Jangan lepaskan peluang tersebut untuk datang pada waktu operasi Isnin hingga Sabtu dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke nombor WhatsApp 011-33724686 atau 017-8090828 atau menghubugi terus talian 082-451567 atau 082-423727.