GENEVA: Penunjuk perasaan yang berhimpun di landasan menggendalakan sekejap lalu lintas udara pada Isnin sebelum operasi kembali secara berperingkat, kata pihak lapangan terbang Geneva, ketika beberapa aktivis iklim menghalang konvensyen jet perniagaan berhampiran.
“Disebabkan pencerobohan di atas landasan, grafik udara telah terganggu sekejap. Ia disambung secara berperingkat sejak jam 12.40 tengah hari waktu tempatan,” kata pegawai lapangan terbang Geneva menerusi akaun Twitter.
Notis muncul ketika kumpulan pencinta alam sekitar menyatakan kira-kira 100 aktivis iklim dari 17 negara telah mengganggu acara berhampiran European Business Aviation Convention and Exhibition (EBACE) – pameran jualan untuk jet persendirian terbesar di Eropah.
Dalam satu kenyataan bersama, Greenpeace, Stay Grounded, Scientist Rebellion dan Extinction Rebellion, berkata aktivis tersebut telah secara aman menawan beberapa jet yang dipamerkan pada acara dianjurkan oleh lapangan terbang Geneva.
Gambar yang disiarkan di Twitter menunjukkan aktivis tersebut berkhemah di sekeliling sebuah jet, membawa kain rentang berwarna-warni dengan perkataan “haramkan jet persendirian”, dan “jet persendirian membakar masa depan kita”.
Kira-kira 12 anggota polis telah bertindak dengan pantas untuk memindahkan aktivis, termasuk beberapa orang yang melekatkan diri mereka pada beberapa pesawat dan menahan kira-kira 80 aktivis, lapor agensi berita ATS. — AFP