Ya'akub Dor yang sekarang dijejaki oleh ahli keluarganya.

MIRI: Orang awam yang mengenali Ya'akub Dor diseru berkongsi maklumat tentang keberadaan beliau kepada ahli keluarga terdekat. 

Shasa Nuryazrin Yaakub berkata, kali terakhir beliau menemui ayahnya adalah pada 2018. 

"Ketika itu saya menghantar beliau pulang ke kampung Susur Jambu di Sarikei untuk pulang ke rumah nenek. 

"Namun selepas beberapa tahun saya gagal untuk menjejaki beliau.

"Sudah beberapa kali saya cuba pergi ke kampung untuk menjejaki beliau tetapi gagal," jelasnya. 

Shasa, 21, yang berasal dari Bintulu merupakan anak sulung daripada lima beradik.
 
Menurutnya, ayahnya berasal dari Matu Daro dan kini berusia 60 tahun. 

"Ayah saya tidak dapat bercakap seperti biasa selepas terjatuh di tempat kerja dan ayah saya lumpuh anggota badan sebelah kanan dan beliau juga pecah tempurung kepala sebelah kiri akibat insiden tersebut," jelasnya. 

Menurut Shasa, ahli keluarga amat merindu Ya'akub dan berharap akan dapat menemui semula ayah mereka.

Beliau menambah, ayahnya juga diperlukan sebagai wali kepada perkahwinannya kelak. 

Mereka yang mempunyai maklumat tentang Ya'akub boleh terus menghubungi Shasa di talian 014-5034656.