Sesi cabutan kumpulan futsal yang diadakan pada Rabu.

MIRI: Penduduk khasnya peminat sukan futsal di sini diajak hadir memberi sokongan kepada pasukan-pasukan yang bersaing pada kejohanan futsal Piala YB Chiew Choon Man pada Sabtu dan Ahad ini (21 dan 22 Jan) di Stadium Tertutup Miri.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berkata, sebanyak 40 pasukan dari dalam dan luar Miri akan berentap untuk merebut gelaran juara kejohanan julung kali itu. 

"Penyertaan sungguh menggalakkan. Selain Miri, pasukan lain adalah dari Kuching, Bintulu, dan Brunei," jelasnya menambah aktiviti diadakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina. 

Pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan. Perlawanan kumpulan akan diadakan pada hari pertama bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. 

Perlawanan kalah mati akan diadakan pada hari kedua dan final dijadual diadakan pada jam 4 petang. 

Chiew berkata, juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM RM5,000 sementara pasukan di tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima hadiah RM3,000 dan RM700. 

Ketiga pasukan juga akan menerima piala dan pingat. Hadiah RM100 menanti penjaring terbanyak dan penjaga gol terbaik. 

Aktiviti dikendalikan pasukan futsal Awang Mahyan dengan kerjasama Persatuan Prihatin Sibuti dan Daerah Miri serta Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.219 Miri.