KOTA SAMARAHAN: Sekolah Kebangsaan Endap di sini dipilih sebagai lokasi penganjuran Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan (NPQEL) baru-baru ini.
Peserta NPQEL, Zaleha Hamdan selaku pengerusi penganjur program itu menjelaskan seramai 175 murid dan ibu bapa terlibat dalam program berkenaan yang diadakan pada 18 Ogos lalu yang dianjurkan bersama Unit Kurikulum SK Endap.
Katanya, pemilihan sekolah tersebut kerana mempunyai latar belakang pelajar yang pelbagai dalam penguasaan pembelajaran.
Dengan tajuk, "Program Gerak Kerja Gemilang Literasi dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Manfaat Belajar Dari Rumah", para murid dan ibu bapa diberi pendedahan dalam usaha memantapkan litersai bacaan murid Tahap 1 ke tahap yang memuaskan.
Objektif penganjuran program itu bagi meningkatkan 80 peratus literasi bacaan murid Tahap 1 ke tahap yang memuaskan.
Literasi adalah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung “dan” serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran sefrta komunikasi harian.
Sementara definisi Numerasi Kebolehan untuk melakukan operasi asas Matematik dan memahami idea Matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran Matematik dalam kehidupan harian.
Antara aktiviti yang diadakan dalam program sehari itu, bengkel teknik bacaan fonik kepada murid dan ibu bapa.
Bengkel ini menampilkan barisan fasilitator yang diwakili, Masirah Mansor dan Vincent Jawa daripada SK Endap, Nancy Enggong dan Siti Afzan Khalik daripada SK Merdang dan Norliza Abdul Razak (SK Pinang).
Selepas bengkel, sesi ceramah bertajuk, "Peranan dan Tanggungjawab Bersama Pembelajaran Anak" juga diadakan dengan menampilkan Shamsiah Bujang dan Haduta Sharkawi sebagai penceramah.
Setelah itu, majlis penutupan disempurnakan Guru Besar SK Endap, Abdillah Abu Bakar dan diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan fasilitator.