KUCHING: Peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (Kumpulan MR D.I.Y. - MR. D.I.Y. MR. DOLLAR dan MR. TOY) kini mempunyai 1,000 cawangan di seluruh negara.
Sehubungan itu, peruncit berkenaan meraikannya dengan menawarkan tawaran hebat kepada rakyat Malaysia untuk rangkaian luas produk bagi tiga jenamanya pada ‘Always Low Prices’. Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh berkata, ini merupakan hari yang amat bermakna dan membanggakan untuk MR D.I.Y.
Menurutnya, cawangan pertama telah dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 2005.
“Kami tidak pernah menyangka bahawa kami akan dapat membuka 1,000 cawangan di seluruh negara, memenuhi janji ‘Always Low Prices’ dengan jenama - MR. D.I.Y., MR. DOLLAR and MR. TOY. kami kepada para pelanggan.
“Pencapaian ini tidak mungkin dapat dikecapi tanpa dedikasi 13,000 kakitangan kami di seluruh negara, hubungan yang kukuh dengan semua rakan kongsi perniagaan kami dan sokongan rakyat Malaysia yang tidak berbelah bagi, kami berjaya kerana anda,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini. Mengulas tentang perancangan masa depan Kumpulan MR D.I.Y., Goh berkata pihaknya tidak merancang untuk berhenti di sini.
Bagi pihaknya, pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus berkembang dan menginovasi.
“Kami akan terus memenuhi keperluan pelanggan dengan membawakan pelbagai produk yang relevan dan berguna dengan nilai yang hebat, menginovasi format kedai dan membuka cawangan di lokasi-lokasi yang mudah dikunjungi.
“Kami juga komited untuk terus menggembirakan pelanggan dengan memperkenalkan pengalaman yang unik serta menawarkan pelbagai promosi dan menjalin usaha sama yang menarik.
“Akhir sekali, kami akan terus mendekati lebih ramai rakyat Malaysia, sesuai dengan perancangan kami untuk membuka 180 cawangan lagi pada tahun 2022,” katanya.
Perjalanan Kumpulan MR D.I.Y. untuk menjadi ikon peruncitan di Malaysia bermula 17 tahun lalu dengan pembukaan sebuah kedai perkakas tradisional di kawasan membeli-belah yang terkenal di Kuala Lumpur.
Sejak itu, komitmen kedai tersebut untuk menyampaikan nilai dan kualiti menjadikannya pilihan yang popular dalam kalangan pelanggan, seterusnya menyumbang kepada perkembangan yang stabil dari segi jumlah cawangan dan rangkaian produk yang ditawarkannya. Kini pada 2022, peruncit tersebut menawarkan lebih daripada 18,000 jenis produk di cawangan-cawangannya dan di platform e-dagang dalam talian.
Ia juga telah memperkembangkan rangkaian jenama-jenamanya yang merangkumi MR. D.I.Y, MR. DOLLAR dan MR. TOY kesemuanya dengan matlamat untuk mewujudkan perbezaan dalam kehidupan rakyat Malaysia dengan memastikan mereka mempunyai akses yang mudah kepada barangan keperluan harian.
Selain mencatatkan pencapaian hebat dengan cawangan ke-1000, Kumpulan MR D.I.Y. juga telah meraih pelbagai pengiktirafan sepanjang perjalanannya selama 17 tahun, termasuk disenaraikan dalam FTSE4Good Index, diiktiraf sebagai Brand of the Year di Malaysia selama empat tahun berturut-turut, Frost & Sullivan Best Practices Award 2020 & 2021 - Malaysia Home Improvement Retail - Company of the Year Award, Deloitte Malaysia Best Managed Companies Awards 2021 dan Putra Brand Awards 2021 dalam Kategori Runcit- Anugerah Emas. Sempena sambutan atas pencapaian hebat ini, peruncit menawarkan diskaun sehingga 40 peratus ke atas lebih daripada 60 produk di MR. D.I.Y. dan tawaran hebat untuk permainan serta barangan F&B di cawangan-cawangan MR. DOLLAR dan MR. TOY dari 1 hingga 31 Ogos 2022.
Sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk memastikan rakyat Malaysia kekal selamat, MR D.I.Y juga menawarkan pelitup muka perubatan pada hanya RM8 untuk satu kotak yang mengandungi 50 keping sempena Sambutan 1000 Cawangan, di semua cawangan MR. D.I.Y., MR. DOLLAR dan MR. TOY di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, Facebook dan Instagram.