MASIDI

KOTA KINABALU: Peningkatan tinggi jumlah jangkitan baharu kes COVID-19 di daerah ini dan Penampang menjadi faktor utama kes harian di Sabah berada pada paras yang tinggi hari ini iaitu 137 kes.Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, secara perbandingan jumlah daerah yang merekodkan penurunan jangkitan harian sebanyak 13 daerah lebih banyak daripada daerah yang merekodkan pertambahan kes iaitu lima daerah.Menurutnya, hanya daerah Sandakan merekodkan penurunan kes baharu yang agak besar iaitu sembilan kes."Sebanyak sembilan daerah kembali mencatatkan kes sifar semalam setelah mencatatkan sekurang-kurangnya satu kes semalam.

"Dua daerah yang sebelumnya tidak mencatatkan sebarang jangkitan merekodkan kes baharu, manakala jumlah daerah yang ‘bebas’ daripada sebarang jangkitan baharu pula bertambah daripada sembilan kepada 16 daerah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Beliau berkata, sebanyak 136 daripada 137 kes hari ini adalah dalam kategori satu dan dua serta satu kes dalam kategori empat.