Seramai 164 orang peserta merakam kenangan bersama setelah selesai majlis penangguhan.

SETELAH sekian lama tidak menganjurkan aktiviti bersemuka, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan (SK) Wira Jaya dengan Kerjasama Unit Hal Ehwal Murid (HEM) memulakan Langkah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda. 

Sejak negara dilanda wabak COVID-19, kursus sebegini sudah hampir 2 tahun tidak dapat dilaksanakan.
    
Sasaran utama kursus ini adalah murid yang dilantik sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Kedai Sekolah, Ketua dan Penolong Ketua Kelas. 

Ahli jawatankuasa pengelola yang bertungkus lumus memastikan perjalanan program berlangsung dengan sempurna.

Seramai 164 orang murid telah menyertai program ini dengan jayanya yang berlangsung pada 19 Mei 2022 dan berakhir pada 20 Mei 2022. 

Program yang memakan masa hampir dua hari ini, dilaksanakan sepenuhnya di SK Wira Jaya.
    
Objektif utama penganjuran kursus sebegini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pemimpin pelajar dengan maklumat yang berkaitan kepimpinan dan ciri-ciri pemimpin yang boleh diteladani. 

Sebahagian peserta melafazkan ikrar aku janji.

Ia juga bertujuan memberikan pendedahan terhadap kepentingan sifat-sifat kepimpinan yang unggul  dan membuang sikap sambil lewa pemimpin pelajar disamping menanamkan perasaan sentiasa bersedia untuk memimpin. 
    
Sebagai Pemimpin Muda mereka perlu lebih proaktif dan sentiasa bersedia dalam melaksanakan Amanah yang diberik tanpa mengharapkan upah dan balasan. 

Maklumat berkaitan kemahiran komunikasi juga disampaikan oleh penceramah supaya mereka boleh menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan lebih berkesan lagi.

Guru besar memakaikan selendang sebagai tanda pelantikan Zafran Abd Razif.


    
Justeru, kursus ini perlu diteruskan kerana kursus ini merupakan landasan untuk murid mendapat panduan dan bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan berkesan kepada kumpulan yang dipimpin. 

Moga murid mendapat info yang berguna dan manfaat yang boleh mereka jadikan bekalan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh sekolah kepada mereka.

Guru besar memakaikan selendang sebagai tanda pelantikan Magdeline Annie Birong.

Berucap dalam majlis penangguhan dan penyampaian sijil kepada para peserta Guru Besar SK Wira Jaya Rosnah Posa mengingatkan pelajar supaya menjadi pemimpin di peringkat bawahan yang disegani oleh rakan-rakan.

Selain itu, katanya menjadi contoh kepada sikap yang baik serta menjadi mata dan telinga kepada guru-guru bagi memastikan setiap peraturan dipatuhi dari semasa ke semasa.