KOTA KINABALU: Sebanyak 1,958 mangsa daripada 733 keluarga yang terjejas akibat banjir di Tenom dan Beaufort ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, PPS yang  beroperasi ialah dua di Beaufort iaitu Dewan Selagon yang menempatkan 218 mangsa dan Dewan DSP DUN Banir (132 mangsa).

"Sebanyak 15 lagi PPS telah dibuka di Tenom iaitu Dewan Kebudayaan Mandalom Lama (164), Rumah Kebudayaan Ponontomon (209), Dewan Mini Jinuim Jimin (139), Sekolah Kebangsaan (SK) Mandalom (97), Dewan Labut 2 (134), Dewan Masyarakat Sri Antenom (103), Rumah Kebudayaan Batu-Batu (123) dan  Rumah Kebudayaan Pantagon Saga yang menempatkan 47 mangsa.

"Selain itu, Rumah Kebudayaan Maugus yang menempatkan 231 mangsa, Rumah Kebudayaan Angalor (91), Dewan Kampung Kalang Kanar (24), Rumah Kebudayaan Kalasasan (77), Dewan Terbuka Kampung Saga (22), Rumah Kebudayaan Makakagas (55), dan Rumah Kebudayaan Belumbung Kemabong yang menempatkan 92 mangsa," menurut kenyataan itu.

Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir di Tenom dan 56 kampung di Beaufort susulan hujan lebat berterusan sejak tiga hari lepas. - BERNAMA