Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seramai 2,607,392 atau 82.8 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam Rabu.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2,762,739 individu atau 87.7 peratus bagi golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Bagi populasi dewasa pula seramai 22,442,346 individu atau 95.9 peratus telah lengkap divaksinasi manakala 22,944,240 atau 98 peratus individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sebanyak 138,752 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 5,067 dos pertama, 8,428 dos lengkap serta 125,257 dos penggalak. 

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,391,444. - BERNAMA