Dadah yang dirampas daripada suspek.

BAU: Seorang lelaki disyaki pengedar dadah menggigil ketakutan apabila ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata suspek terbabit ditahan dalam operasi bersepadu di Jalan Krokong iaitu berdekatan Kampung Kaman pada jam 11.40 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 16 tiub straw yang berisi dadah jenis syabu.

"Semasa diperiksa, suspek mengigil ketakutan dan gagal nenjawab soalan yang diajukan dengan betul, pemeriksaan lanjut menjumpai 16 straw berisi dadah jenis syabu di poket seluarnya.

"Suspek kemudian tiba-tiga bertindak agresif dan cuba melarikan diri namun berjaya diberkas polis," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, suspek bersama dadah tersebut kemudian dibawa ke Balai Polis Bau untuk tindakan selanjutnya.

"Hasil saringan air kencing juga mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine," katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.