Suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

KUCHING: Seorang anggota askar bertindak menembak dirinya sendiri selepas dikatakan melepaskan beberapa das tembakan di Kampung Kolong 1, di sini sekitar tengah hari tadi.

Difahamkan, suspek berusia lewat 20an terbunuh akibat kecederaan parah di kepala.

Sumber di tempat kejadian memberitahu suspek yang masih bertugas di sebuah kem askar di Tondong, Bau pulang ke rumah keluarga isterinya sekitar jam 12 tengah hari.

Suspek dikatakan tiba-tiba melepaskan tembakan senjata dipercayai senapang jenis M4 yang dibawanya dari tempat bertugas.

Polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Dia kemudian bertindak menembak dirinya sendiri di bahagian kepala.

Ibu mentua suspek yang berusia 50an turut terkena tembakan di bahu kiri dan kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.

Anggota polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian. 

BERITA LANJUT MENYUSUL