Gambar hiasan

IPOH: Bilangan mangsa banjir di Perak mencatatkan penurunan iaitu 193 orang daripada 50 keluarga berbanding 241 orang daripada 66 keluarga, setakat 8 pagi tadi.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata mangsa banjir di daerah Larut Matang dan Selama yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Matang menyaksikan pengurangan besar apabila hanya 22 orang daripada tujuh keluarga berbanding 70 orang daripada 23 keluarga semalam.  

“Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian iaitu di PPS SK Changkat Lobak masih kekal seramai 111 orang daripada 26 keluarga.

“Mangsa banjir di PPS SK Alor Pongsu juga kekal 60 orang daripada 17 keluarga,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam laman sesawang rasminya memaklumkan, ribut petir di satu atau dua tempat diramal berlaku pada sebelah petang ini. - BERNAMA