ORANG BURUAN: Gambar fail 11 Julai, 2018 menunjukkan Kieta menghadiri majlis di pangkalan tentera udara di Bamako, Mali. — Gambar AFP

BAMAKO: Interpol mengeluarkan satu waran tangkap antarabangsa kelmarin untuk Karim Keita, anak lelaki kepada bekas presiden Mali, Ibrahim Boubacar Keita, bagi kehilangan seorang wartawan penyiasat pada 2016, menurut sumber perundangan.

Notis merah bagi Keita, dia sendiri adalah seorang bekas anggota perundangan berpengaruh, telah dikeluarkan atas permintaan seorang majistret siasatan di bandar utama Bamako di Mali, menurut satu sumber rapat dengan kes yang bercakap dengan syarat identitinya dirahsiakan.

Berita mengenai waran tersebut telah disahkan oleh satu sumber di dalam pejabat Interpol di Mali, yang juga bercakap dengan syarat identiti dirahsiakan.

Keita telah menetap di Abidjan, Ivory Coast, sejak rampasan kuasa ketenteraan yang menggulingkan bapa-nya pada Ogos 2020.

Wartawan penyiasat Birama Toure telah bekerja untuk akhbar mingguan Le Sphinx di Bamako dalam tempoh beberapa bulan sebelum kehilangannya.

Beliau tidak dilihat sejak 29 Januari, 2016, menurut keluarganya dan pengarah bagi majalah tersebut, Adama Drame.

Drame berkata Toure telah bekerja bagi satu cerita yang boleh menjejaskan reputasi Keita dan telah menemuinya untuk berbincang mengenai cerita itu sebelum hilang.

Drame dan keluarga Toure mengesyaki beliau telah diculik, diseksa dan dibunuh selepas beberapa bulan dalam tahanan.

Keita sendiri telah ber-terusan menafikan sebarang penglibatan dalam kehila-ngan Toure dan pada 2019 memfailkan satu tindakan fitnah terhadap pengarah majalah dan seorang wartawan radio berhubung dengan tuduhan tersebut.

Mahkamah di Mali telah menolak kes atas sebab-sebab teknikal, namun Drame sendiri, bimbang dengan keselamatan dirinya, sekarang telah melarikan diri ke Perancis.

Bagi ramai penduduk Mali, Karim Keita melambangkan apa yang menurut mereka adalah korupsi utama di bawah rejim bapanya.

Dia melepaskan diri dari ditangkap oleh tentera ketika mereka menggulingkan bapanya pada 18 Ogos, 2020 dan muncul di Ivory Coast beberapa hari kemudian. — AFP