SIAP: Kerja pemasangan talian elektrik di sepanjang TH Plantations siap untuk Kampung Sungai Jong di Simunjan.

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan agensi pelaksananya Sarawak Energy menyasarkan untuk seluruh Sarawak mempunyai elektrik sepenuhnya pada 2025.

Sarawak Energy dalam kenyataan berkata, liputan domestik Sarawak pada masa ini adalah 98 peratus dengan elektrik sepenuhnya di kawasan bandar.

Bagaimanapun, lima peratus kawasan luar bandar masih belum dijana elektrik dan Kerajaan Sarawak telah melancarkan beberapa inisiatif untuk mempercepat penyaluran elektrik bagi masyarakat luar bandar.

Keberhasilan pelaksanaan inisiatif ini memerlukan kolaboratif dan kerjasama antara semua pihak yang berkepentingan meliputi pemilik ladang dan perusahaan kayu.

Sehubungan itu, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menggesa semua pihak berkepentingan termasuk pemilik ladang, syarikat kayu dan penduduk kampung bekerjasama de-ngan Kementerian dan Sarawak Energy.

Ia katanya, supaya dapat mencari jalan penyelesaian agar dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Sarawak terutama dalam hal akses tanah supaya Sarawak dapat mencapai sasaran elektrik sepenuhnya untuk kawasan luar bandar menjelang 2025 atau lebih awal.

“Perjalanan untuk me-nyalurkan bekalan elektrik 95 peratus dari luar bandar di Sarawak tidak mudah tetapi Kementerian dan Sarawak Energy yakin dapat mencapai sasaran liputan luar bandar sepenuhnya pada tahun 2025 atau lebih awal dengan kerjasama semua pihak berkepentingan.

“Ini termasuk bekerjasama dengan Pejabat Residen dan Daerah, wakil rakyat, syarikat perladangan dan kayu serta penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Di bawah ‘Sarawak Go-vernment’s Projek Rakyat Accelerated Rural Electrification Masterplan’, kata-nya, Sarawak telah berjaya mencapai liputan elektrik luar bandar sebanyak 95 peratus pada 2020 daripada hanya 56 peratus pada 2009 meskipun terdapat hutan hujan yang tebal, bentuk muka bumi dan penempatan desa yang terpencil di Sarawak.

Menurutnya, syarikat perladangan dan penduduk kampung memainkan peranan penting dalam usaha membekalkan elektrik di kawasan luar bandar Sarawak.

“Kerjasama daripada pihak berkepentingan ini sangat penting untuk memungkinkan akses rangkaian saluran bekalan di kawasan itu,” ujarnya.

Beliau berkata, lokasi strategik telah dikenal pasti dengan mempertimbangkan jarak dan aksesibiliti.

“Seperti yang dinasihati oleh Sarawak Energy, kita telah menerima kerjasama yang baik daripada beberapa syarikat perladangan ini, sehingga mempercepatkan garis masa projek dan membolehkan kedua-dua syarikat dan penduduk kampung menikmati manfaat elektrik grid dengan segera.

“Kita menghargai tolak ansur mereka yang memahami bahawa ini adalah untuk kebaikan umum dan saya sangat berharap semua syarikat akan meningkatkan tahap kerjasama ini bukan hanya semasa kerja-kerja elektrik, tetapi juga untuk operasi dan penyelenggaraan sistem pengedaran elektrik,” kata Dr Rundi .

Beliau menambah, usaha kolaboratif sangat penting untuk memastikan kelancaran, keselamatan dan pelaksanaan projek-projek bekalan elek-trik ini selesai pada masanya, terutama sekarang dengan pandemik COVID-19 yang menyebabkan sekatan per-gerakan dan cabaran dalam logistik.

Sementara itu, Naib Presiden Bekalan Elektrik Luar Bandar Dr Chen Shiun berkata, untuk memperluaskan grid elektrik negeri ke kawa-san luar bandar, pembinaam tiang pengedaran elektrik, saluran bekalan, bahkan pencawang di lokasi luar bandar yang strategik amat diperlukan.

Penyelesaian grid ini kata-nya, dikenali sebagai Skim Elektrikikasi Luar Bandar (RES) dan Skim Bekalan Tenaga Luar Bandar (RPSS).

“Sebelum melaksanakan projek ini di luar bandar, pasukan kita akan bertemu dan memberi penjelasan kepada pemilik ladang me-ngenai lokasi, latar belakang dan rencana penyambungan grid,” katanya.

“Bagi orang lain ini mungkin hal yang mustahil memandangkan jaraknya yang jauh, namun kita akan menerangi komuniti ini melalui Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES),” katanya.

Untuk isi rumah yang terlalu jauh dihubungkan dengan grid, SARES akan membekalkan isi rumah terpencil menggunakan sistem alternatif yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria.

Setiap isi rumah dibekalkan dengan 3,000Wh elektrik percuma sehari, cukup untuk memenuhi keperluan asas isi rumah luar bandar se-perti kipas angin, televisyen, lampu, peti sejuk kecil dan periuk nasi.