SUDAH: Seorang warga emas yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

TATAU: Seramai 1,072 penduduk telah menerima suntikan vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Dewan Sukan Tatau sejak Isnin hingga kelmarin.

Suntikan vaksin itu khusus untuk golongan warga emas dan rentan di daerah itu yang telah dilaksana dengan lancar oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan dibantu para petugas sukarelawan MyVAC (Malaysia Vaccine Support Vo-lunteers), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan kakita-ngan Pejabat Daerah Tatau.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi sumber maklumat KKM menjelaskan vaksin mengandungi antigen yang berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan tubuh dan membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

Vaksin COVID-19 merangsang sistem imun supaya jika kita terdedah kepada korona-virus SARS-CoV-2 (severe acute respiratory syndrome coronavirus 2), badan kita boleh bertindak balas terhadap jangkitan COVID-19.

Pelbagai platform seperti jujukan genetik RNA, viral vektor, virus nyah aktif dan subunit protein telah diguna-kan untuk menyediakan vaksin koronavirus yang selamat dan berkesan. Ia memberikan perlindungan terbaik terhadap COVID-19, tambah sumber maklumat KKM terbabit.