HAZANI


KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 42 tahun ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Jalan Lintas di sini semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata kejadian disedari ahli keluarga mangsa yang juga anak kepada ahli perniagaan sebuah syarikat perkapalan dan perhotelan terkemuka negeri ini sebelum membuat laporan polis kira-kira jam 6 petang.

“Setakat ini siasatan masih diteruskan untuk mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa.

“Hasil siasatan awal juga mendedahkan tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian atau pada tubuh badan mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Menurutnya mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk tindakan selanjutnya.

“Bagaimanapun, kita masih menunggu keputusan saringan COVID-19 sebelum proses seterusnya dapat dijalankan.

“Polis juga masih menunggu laporan bedah siasat bagi membantu siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.