Kelihatan dalam gambar, Hajiji (tengah) menerima cenderamata daripada Razalie (tiga kiri) semasa kunjungan itu.

KUNJUNGAN: Persatuan Jurutera Perunding Malaysia Cawangan Sabah (ACEM) hari ini mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) Kota Kinabalu.

Rombongan ACEM diketuai oleh pengerusi cawangan Razalie Sindong; mantan pengerusi Lee Tet Fon; timbalan pengerusi Datuk Chin Chu Ying; setiausaha kehornat Benny Song Perng Yeu; dan bendahari kehormat Joe Primus Kayau.

ACEM turut mengemukakan memorandum kepada Hajiji yang antara lain sedia menawarkan perkhidmatan profesional secara sukarela kepada kerajaan, selaras dengan usaha untuk turut sama berbakti membangun negeri Sabah.