SUMBANGAN: Jamal (tiga kanan) menyampaikan sumbangan kepada Ayu sambil disaksikan yang lain.

BINTULU: Urus Setia Saudara Kita (USK) Bahagian Bintulu menyumbang makanan asas kepada lapan keluarga ahli saudara kita dan kain telekung kepada 19 remaja wanita sempena Ramadan di Surau Perumahan Bandaria Park Bintulu semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi USK Bahagian Bintulu, Jamal Abdullah kepada Ahli Jawatankuasa USK Bandaria Park Bintulu, Ayu Jasmine Abdullah.

Hadir sama menyaksi penyampaian sumbangan itu ialah Setiausaha USK Bahagian Bintulu, Alizawati Abdullah.