UNTUK KEGUNAAN AWAM: Lee menunjukkan pelan pembangunan Taman Rekreasi Desa Murni 1 yang telah siap dan boleh digunakan orang awam untuk bersukan dan berjoging.

MIRI: Tanah kosong dan terbiar seluas 16,680 meter persegi di kawasan perumahan akan dibangunkan menjadi kawasan rekreasi dan riadah untuk kegunaan orang awam.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, peruntukan berjumlah RM100,000 digunakan bagi tujuan pembersihan dan meratakan kawasan tapak.

“Peruntukan berjumlah RM100,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) digunakan untuk membina trek joging dan bangku untuk kegunaan orang awam,” katanya semasa meninjau Taman Rekreasi Desa Murni 1 kelmarin.

Lee yang juga ADUN Senadin menjelaskan, projek berkenaan telah bermula sejak 4 Januari lalu dan telah siap untuk kegunaan orang awam pada 3 Mac.

“Kita menambah peruntukan berjumlah RM100,000 lagi untuk menaik taraf kemudahan Taman Rekreasi Desa Murni 1 lengkap dengan pusat kecerga-san dan taman permainan kanak-kanak,” jelasnya.

Tambah Lee, setakat ini sejumlah empat taman rekreasi telah dibangunkan di kawasan Permyjaya dan bilangan itu akan ditambah dari semasa ke semasa.