LETUPAN: Gambar dirakam di Rafah di selatan Semenanjung Gaza semalam menunjukkan letupan ekoran serangan udara oleh Israel. Tentera Israel mendakwa sebiji roket ditembak dari Gaza ke wilayah selatan Israel, tanpa menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan. — Gambar AFP

BAITULMUQADDIS:Penduduk Israel di bandar se-latan Sderot mencari tempat berlindung kelmarin selepas sebiji roket ditembak dari wilayah berhampiran Semenanjung Gaza, menurut tentera Israel.

Roket itu mendarat di sebuah kawasan terbuka dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan, kata jurucakap majlis tempatan Shaar Hanegev.

Israel melaksanakan se-katan ke atas sempadan maritim dan darat di Gaza, selepas pertubuhan militan Hamas merampas kawalan pada 2007.

Hamas dan Israel telah bertempur dalam tiga pe-perangan.

Satu perjanjian yang goyah telah digunakan sejak beberapa tahun ini di sebalik beberapa ketegangan, dengan pihak Palestin menembak roket ke arah Israel dan negara Yahudi bertindak balas dengan melancarkan serangan udara di enklaf pantai.

Pada tahun ini Israel menandakan satu dekad sejak ia mengerahkan sistem pertaha-nan misil Kubah Besi yang menghalang beratus-ratus serangan roket dari Gaza dan Syria.

Seramai dua juta penduduk Gaza mengalami kemiskinan tegar akibat sekatan Israel. Keadaan telah bertambah buruk ketika Hamas me-nguatkuasakan perintah kawalan pergerakaan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. — AFP