TERUS BERBAKTI: Ali (kiri) menyampaikan sumbangan komputer dan mesin fotokopi kepada Roslan (tiga kiri) disaksikan yang lain.

LIMBANG: Meskipun sudah bersara dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Pesara Polis Cawangan Limbang akan terus berkhidmat kepada masya-rakat di sini.

Pengerusinya Roslan Kimin berkata, walaupun tidak lagi berada dalam pasukan polis namun ia bukan halangan untuk mereka terus berbakti.

“Semangat dan rasa bertanggungjawab untuk terus berkhidmat kepada masya-rakat masih dalam hati kami walaupun bersara dalam pasukan polis,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan komputer dan mesin fotokopi oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ahli Parlimen Limbang di sini semalam.

Simbolik penyerahan itu disempurnakan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Limbang, Ali Omar.

Roslan memberitahu Persatuan Pesara Polis Cawangan Limbang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan di sam-ping mengeratkan hubungan kalangan bekas anggota.

Katanya, bagi Bahagian Limbang persatuan itu baru sahaja ditubuhkan pada 2019.

“Alhamdulillah... dalam masa singkat kita sudah mempunyai lebih 50 orang ahli,” jelasnya.

Menurutnya, persatuan ini adalah landasan anggota terus bersama walaupun ma-sing-masing dengan hala tuju hidup yang berbeza.

“Objektif penubuhan tidak lain adalah untuk menjaga kebajikan anggota di sam-ping mengeratkan silaturahim kalangan pesara polis,” katanya.

Beliau berkata, keba-nyakan ahli persatuan itu bukan sahaja PDRM malah Polis Gerakan Am (PGA).

“Pelbagai aktiviti serta program kami laksanakan dan sambutan amat memberangsangkan setakat ini,” jelasnya.

Katanya, setakat ini persatuan itu menggunakan sebuah bilik di Pejabat Polis Bahagian untuk beroperasi.

Namun, perancangan jangka panjang adalah untuk mendapatkan sebuah bangunan bagi kegunaan mereka.

“Harapan kami masa akan datang untuk memiliki bangunan persatuan sendiri,” katanya.