BANTUAN: Pegawai PKMD dan polis tiba di Rumah Merikan untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk yang dikenakan sekatan pergerakan selama dua minggu.

MIRI: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Marudi menghantar bantuan makanan ke 22 keluarga di Rumah Merikan, Lobang Kompeni Poyut Nibong yang dikenakan sekatan pergera-kan selama dua minggu.

Jurucakap PKMD memberitahu, bantuan yang dihantar ialah 45 pek makanan, lampin pakai buang dan susu untuk tempoh selama 14 hari.

Bantuan makanan dan keperluan lain ini merupakan bantuan yang diberikan buat semua keluarga yang dikenakan sekatan pergerakan sejak 13 hingga 26 April.

Ini bagi tujuan kuarantin berikutan terdapat penduduk rumah tersebut dikesan po-sitif COVID-19.