BERSEDIA: Marquez semasa sidang media menjelang Grand Prix Portugal di Litar Antarabangsa Algarve di Portimao. — Gambar AFP

PORTIMAO: Juara dunia enam kali Marc Marquez kembali beraksi selepas sembilan bulan tidak beraksi akibat kecederaan kini tampil dalam Grand Prix Portugal hujung minggu ini dan ingin untuk ‘rasa seperti pelumba MotoGP lagi’.

Pelumba Sepanyol berusia 28 tahun itu belum bertanding sejak patah tangan kanan dalam pusingan pembuka kejohanan musim lepas di Jerez.

Selepas menjalani tiga pembedahan kemudian, bintang Honda itu sudah ketinggalan dua pusingan musim ini, tetap meletakkan harapan minimum.

“Kami tampil tanpa matlamat, matlamat kami adalah untuk menunggang motosikal lagi dan  mengambil langkah paling penting dalam proses pemulihan,” kata Marquez dalam sebuah sidang media pada Khamis.

“Itu harus dilakukan untuk berasa seperti seorang pelumba MotoGP semula.”

Marques membuat persediaan untuk beraksi semula awal minggu ini namun  masih perlu diperiksa oleh pasukan perubatan sukan di litar Portimao sebelum mendapat kelulusan untuk mengambil bahagian dalam sesi latihan pembukaan pada Jumaat.

“Kamu dapat rasakan daripada media bahawa ada jangkaan besar, tetapi kamu harus pandai mengasingkan diri dan tidak mengambil tekanan lebih daripada yang sepatutnya.” kata Marquez.

Dalam pemergiannya, Joan Mir dari pasukan Suzuki membawa pulang gelaran juara 2020.

Setakat ini dalam musim ini, Honda masih bergelut dengan Maverick Vinales dari Yamaha dan Fabio Quartararo yang memenangi pusingan pembuka di Qatar.

Pol Espargaro dan Stefan Brandl, yang menggantikan tempat Marquez, masing-masing mendapat tempat kelapan dan ke-11 kemudian ke-13 dan ke-14  untuk pasukan Honda dalam Gulf.

“Saya gemuruh,” akui Marquez.

“Tetapi pada saat ini saya  tidak risau mahupun obses. Ini bukan perlawanan buat saya kerana ada objektif lain.

Marquez menegaskan bahawa lawannya dalam litar tidak akan gentar dengan kepulangan juara enam kali itu.

“Saya tidak memikirkan tentang lawan saya, tetapi jika saya meletakkan diri dalam situasi mereka, andai kamu ada keyakinan yang diperlukan kamu tidak perlu gugup.

“Saya telah banyak menang dalam masa lalu namun saya kembali daripada situasi yang payah, sudah lama tidak berlumba.”

Meskipun tiga pembedahan atas lengan kanannya yang tercedera, Marquez mengatakan beliau bersedia untuk menghadapi akibat dan kesakitan jika beliau terhumban daripada motosikal dengan kelajuan tinggi. — AFP