JANGAN LEPASKAN: Kunjungi Everrise untuk nikmati pelbagai tawaran dan ganjaran hebat sempena Hari Ahli Everrise 418.

KUCHING: Rangkaian pasar raya Everrise mengadakan Hari Ahli pada Ahad ini, 18 April bagi menghargai ahli yang merupakan pelanggan setianya.

Cawangan terlibat dalam Hari Ahli Everrise ini termasuklah Everrise Batu 4, BDC, CityONE, Green Height Mall, Metrocity, Padungan, Plaza Merdeka dan Vivacity. 

Ahli akan menerima ganjaran ke atas lebih daripada 700 produk pada harga ahli hebat dan mula mengumpul mata dengan setiap pembelian.

Semua tawaran dan penjimatan akan membolehkan ahli menikmati keistimewaan eksklusif dan pulang ke rumah dengan barangan.

Bermula sekarang hingga 25 April, ahli Everrise boleh menggunakan mata mereka untuk menebus barangan terpilih dari serendah 350 mata di Everrise Batu 4, BDC, CityONE, Metrocity, Plaza Merdeka dan Vivacity.

Sebagai tambahan, pendaftaran keahlian percuma akan dibuka sehingga 25 April di semua cawangan Everrise.

Ahli yang membeli RM80 dan ke atas dalam satu resit boleh menyertai Peraduan Beli dan Menang Penghargaan Ahli dan berpeluang untuk memenangi baucar tunai Everrise sehingga RM5,000.

Ahli juga boleh menikmati tambahan faedah premium di rakan niaga terpilih termasuk Chun Yang, Le Parlour Cafe, Tea Pack, Sunglight Pharmacy dan Ronnie Optics & Contact Lens Centre.

Untuk menyemak promosi ahli lebih lanjut, kunjungi Everrise terlibat dan untuk maklumat lanjut ikuti Facebook rasmi Everrise dan saluran Telegram.