SEMANGAT KESUKANAN: Evans (atas) berjabat tangan dengan Djokovic pada penghujung perlawanan di Kejohanan Monte Carlo Masters Series di Monaco. — Gambar AFP

MONTE CARLO: Pemain nombor satu dunia, Novak  Djokovic tersingkir dari Monte Carlo Masters dalam pusingan 16 akhir pada Khamis selepas kekalahan mengejut 4-6, 5-7 kepada Dan Evans kelahiran Britain.

Djokovic, juara Monte Carlo pada 2013 dan 2015, dikecewakan sebanyak lima kali oleh Evans, pemain ranking ke-33 dan menelan perit kekalahan pertamanya dalam tahun ini, selepas menjuarai Terbuka Australia buat kali kesembilan pada Februari.

Evans, yang menundukkan juara Terbuka Miami bulan ini, Hubert Herkacz dalam pusingan sebelumnya, akan menentang pilihan ke-11 David Goffin untuk merebut slot ke separuh akhir.

Goffin mengalahkan pemenang tempat kedua Terbuka AS  Alexander Zverev 6-4, 7-6 (9/7) dalam perlawanan awal hari itu.

Djokovic yang di luar fokus telah mengulangi 45 kesalahan menentang Evans.

“Sejujurnya, ini merupakan permainan saya yang paling teruk dalam ingatan saya dalam beberapa tahun lepas,” kata Djokovic.

“Saya berasa teruk dalam gelanggang. Tiada apapun yang berjaya. Inilah antara hari teruk.

“Ia prestasi yang lemah. Saya tidak mendapat apa-apa yang positif daripada perlawanan ini. Semestinya ia perasaan yang perit untuk meninggalkan gelanggang dengan perasan seperti ini.”

“Ia masih tidak dapat dipercayai,” kata Evans dalam temubual selepas perlawanan. “Saya masih tidak percaya bola terakhir itu melepasi jaring. Ia hampir tidak.”

“Kamu tak akan pernah yakin dalam turun gelanggang dalam perlawanan besar seperti ini menentang Novak,” tambahnya.

“Paling penting, kamu mesti percaya kamu boleh menang. Kamu  mesti betul-betul mempercayainya.

“Ia sesuatu yang manis untuk dikenang selepas kejohanan, untuk memberi tahu anak-anak dan cucu-cucu bahawa kamu telah menumpaskan nombor satu dunia. Ia satu perasaan yang hebat.” — AFP