SURAI: Polis Pakistan menggunakan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan anti-Perancis di Lahore, kelmarin. — Gambar AFP

LAHORE: Polis Pakistan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air kelmarin terhadap ribuan penyokong sebuah parti antikufur selepas penahanan ketua mereka, yang telah menyeru bagi pemecatan duta Perancis.

Sentimen anti-Perancis telah membahang selama beberapa bulan di Pakistan sejak kerajaan Presiden Emmanuel Macron menyuarakan soko-ngan bagi hak sebuah majalah untuk menerbitkan semula kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad, dilihat sebagai mempersendakan agama oleh kebanyakan pen-duduk Islam.

Saad Rizvi, ketua Tehreek-e-Labbaik Pakistan (TLP), telah ditahan di Lahore kelmarin, menurut pegawai parti.

Penahanannya telah disah-kan oleh polis, namun mereka tidak menyatakan atas tuduhan apa.

Dia telah cuba untuk meng-anjurkan satu perarakan di ibu negara pada 20 April untuk menuntut pemecatan duta Perancis.

Rizvi merupakan anak lelaki kepada seorang ulama dan ketua lama TLP,  Khadim Hussain Rizvi, yang meninggal dunia pada November.

Kakitangan AFP melihat anggota polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi meleraikan beribu-ribu penunjuk pe-rasaan yang menghalang jalan raya dan simpang di Lahore, bandar kedua terbesar di negara ini.

Pada tahun lepas, pe-nyokong TLP melumpuhkan ibu negara selama tiga hari dengan satu siri rali anti-Perancis.

Dalam sebuah video yang ditayangkan di media sosial, timbalan ketua TLP, Syed Zaheer-ul-Hasan Shah berkata, penahanan Rizvi bermakna kerajaan melanggar perjanjian untuk memecat duta Perancis. — AFP