WIRAJAYA: Barisan pemain pasukan Kelab Wirajaya.

KOTA KINABALU:  Jaringan hatrik Wilfred Young yang mewakili pasukan Kompleks Penampang FC menyelamatkan pasukan beliau dari ambang kekalahan apabila seri 3-3 ketika bertemu Kelab Wirajaya dalam siri perlawanan persahabatan bertempat di padang Stadium Penampang petang kelmarin.

Manakala gol Wirajaya dihasilkan oleh mantan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)  Bongawan Richard Manuel yang juga merupakan ketua pasukan Wirajaya selain sumbangan gol dari Husin Dullah dan bekas pemain negeri Sabarudin Kadir.

CENDERAHATI: Richard (dua kiri) menyampaikan cenderahati kepada Wilfred Young (tiga kanan) yang dianugerahkan Pemain Terbaik perlawanan sambil disaksikan oleh Maji.

Richard ketika ditemui selepas perlawanan berkata, tujuan perlawanan ini adalah sebagai mengeratkan lagi tali silaturahim dan persahabatan  bagi kedua dua pasukan serta masyarakat setempat.

Beliau juga memuji beberapa pemain veteran Kompleks Penampang seperti Edwin, Richard Kim  yang masih mampu memperlihatkan skil masing masing.

KOMPLEKS PENAMPANG FC: Barisan pasukan Kompleks Penampang FC merakam album. Kelihatan Richard (dua kanan) dan  Edwin (tiga kiri).

Dalam pada itu Wilfred mengucapkan ribuan terimakasih atas komitmen yang ditunjukkan oleh kedua dua pasukan di dalam padang dengan disiplin yang tinggi  yang mampu melahirkan warga yang cegas  dan sihat sepanjang masa.

Di akhir perlawanan Wilfred dianugerahkan sebagai 'Pemain Terbaik' dan Sabarudin Kadir sebagai 'Pemain Masih Berbisa'.

Terdahulu, Wirajaya juga telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama Kabang FC  yang tewas 4-3 pada petang Ahad.

KABANG FC: Barisan pemain pasukan Kabang FC.