LONDON: Britain meng-hentikan sekejap ujian vaksin COVID-19 AstraZeneca pada kanak-kanak ketika pasukan pengawal atur menilai kemungkinan kaitannya dengan penggumpalan darah, kata Oxford University, yang telah membantu dalam penghasilan suntikan itu, kelmarin.

“Sungguhpun ia tiada masalah keselamatan dalam percubaan klinikal paediatrik, kami masih menunggu maklumat tambahan dari MHRA (pengawal atur UK) dalam meninjau kes jarang-jarang thrombosis/thrombocytopaenia yang telah dilaporkan dalam kalangan orang dewasa, sebelum meneruskan suntikan dalam ujian itu,” kata universiti itu dalam satu kenyataan.

“Ibu bapa dan anak-anak perlu terus hadir dalam semua temu janji yang telah dijadualkan dan boleh meng-hubungi pasukan ujian jika terdapat sebarang soalan.”

Agensi Pengatur Produk Perubatan dan Penjaga Kesihatan (MHRA) Britain merupakan salah satu persatuan yang sedang membuat analisis berdasarkan data sebenar dunia daripada peng-agihan AstraZeneca untuk mengenal pasti jika terdapat kaitan antara suntikan itu dengan pembentukan darah bergumpal, selepas beberapa kes awal dilaporkan di Norway dan sebahagian Eropah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Agensi Ubat Eropah (EMA) akan mendedahkan penemuan mereka dalam minggu ini.

Ini merupakan drama terbaru melibatkan AstraZeneca, selepas terlibat dalam kontroversi kerana gagal membekalkan dos yang dijanjikan ke Kesatuan Eropah (EU), dan ke atas keberkesanan dan keselamatan vaksin itu.

MHRA melaporkan pada hujung minggu lalu terdapat 30 kes darah bergumpal, tujuh maut, daripada 18 juta dos yang diedarkan di Britain.

EMA menyatakan kelmarin bahawa mereka “belum dapat memberi kesimpulan dan rujukan masih dilakukan”.

Pesuruhjaya Kesihatan EU Stella Kyriakides berkata, agensi itu diminta untuk melampirkan keputusan pada “akhir Rabu”, dan menambah beliau “berhubung rapat” dengan EMA.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pengerusi strategi vaksin EMA Marco Cavaleri mengulas dalam media Itali menyatakan bahawa terdapat kesinambungan “jelas” dan agensi itu akan mengumumkannya dalam beberapa jam. — AFP