DITEMUI: Anggota keselamatan mengusung mayat mangsa yang ditemui selepas banjir kilat di pulau Lembata, Timor Timur kelmarin. — Gambar AFP

JAKARTA: Pasukan penyelamat masih mencari berbelas-belas mangsa yang masih hilang selepas banjir dan tanah runtuh meranapkan perkampungan di Indonesia dan Timor Timur, meragut lebih 150 nyawa dan meng-akibatkan beribu-ribu mangsa hilang tempat tinggal.

Hujan lebat daripada Siklon Tropikal Seroja membinasakan komuniti kecil itu dengan lumpur, mencabut pokok-pokok dan sekitar 10,000 penduduk lari ke tempat perlindungan di perkampungan jiran negara itu.

Agensi pengurus bencana Indonesia merekodkan 130 kematian dalam kluster pulau terpencil berhampiran Timor Timur, manakala 27 mangsa lagi telah disahkan maut.  

Pasukan pencari dan pe-nyelamat Indonesia bergegas untuk mencari lebih 70 orang yang masih hilang dengan bantuan penggali untuk membersihkan serpihan yang bertimbun.

Ribut itu menerbangkan bangunan-bangunan di beberapa perkampungan ke bawah gunung dan ke pesisiran laut pulau Lembata.

Pihak berkuasa di sana berkata, mereka berusaha untuk menempatkan mangsa-mangsa dan dalam masa yang sama cuba untuk menghalang penyebaran COVID-19.

“Mangsa yang lari ke sini hanya berbekalkan pakai-an basah dan tiada yang lain,” kata datuk bandar kawasan itu, Thomas Ola Longaday.

“Mereka memerlukan selimut, bantal, tilam dan khemah,” tambahnya.

Wilayah itu menyediakan diri dengan kemudahan kesihatan yang tidak sebe-rapa untuk dikerumuni dan menyaksikan angka mangsa tercedera meningkat.

“Kami tidak mempunyai pakar bius dan pakar bedah yang mencukupi, tetapi kami telah dijanjikan bantuan akan sampai,” kata Longaday.

“Banyak mangsa terselamat dengan tulang patah kerana mereka dihempap batu, kayu dan serpihan.”

Berhampiran majlis perbandaran Flores Timur, lumpur mencurah dan menghanyutkan rumah, jambatan dan jalan.

Imej awal daripada pasukan pencari dan penyelamat Indonesia menunjukkan pekerja sedang menggali mayat yang diselaputi lumpur sebelum menempatkan mereka dalam beg mayat.

Hospital, jambatan dan beribu-ribu kediaman sama ada rosak atau musnah akibat ribut itu, yang kini sedang bergerak ke pesisiran barat Australia.

“Kami akan terus melihat cuaca ekstrem (daripada siklon itu) buat beberapa hari akan datang,” kata jurucakap agensi bencana kebangsaan Raditya Jati.

Pihak berkuasa masih bekerja untuk mengosongkan komuniti terpencil dan menyediakan tempat perlindungan bagi penduduk yang terjejas akibat ribut itu.

Tanah runtuh dan banjir kilat adalah perkara biasa di kepulauan Indonesia pada musim hujan.

Pada Januari lepas banjir kilat melanda bandar Sumedang Indonesia, meragut 40 nyawa.

Bencana alam selalunya berlaku akibat penebangan hutan, kata pencinta alam sekitar. — AFP