KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 201 kes COVID-19 baharu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 11,096 kes setakat ini. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata daerah Sibu merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 75 kes, diikuti Kapit (37), Bau (18), Miri (16), Kuching (12), Betong (9), Bintulu (8), Sri Aman (8), Serian (7), Selangau (3), Julau (2), Lundu (2), Meradong (1), Pusa (1), Samarahan (1) dan Sarikei (1). 

Tiada kes kematian baharu dilaporkan hari ini. 

"Hari ini juga terdapat 196 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Sibu (118), Hospital Bintulu (22), Hospital Sarikei (22), Hospital Umum Sarawak (19), PKRC di bawah Hospital Kapit (10) dan Hospital Miri (5)," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, seramai 203 orang disyaki (PUI) baru dilaporkan hari ini dengan tiga PUI masih menunggu keputusan ujian makmal.