MUNCUL DENGAN ALBUM SULUNG: Gambar fail yang diambil pada 28 Februari 2011 ini menunjukkan Lee bersama ayahnya, pengarah Steven Spielberg tiba untuk Anugerah Akademi ke-83 yang diadakan di Kodak Theatre di Hollywood, California. — Gambar AFP

BUZZY LEE merupakan satu nama samaran muzikal yang menyembunyikan satu nama terkenal: Sasha Spielberg, anak perempuan kepada pengarah filem legenda dari Amerika, Steven Spielberg. Namun, tidak banyak rahsia tersembunyi dalam album pengakuan pertama beliau, ‘Spoiled Love’.

“Semestinya saya telah mempertaruhkan semuanya di sana,” beliau memberitahu AFP. “Saya meluahkan semua yang saya akan tulis di dalam diari saya – malah, salah satu dari lagu itu, ‘Circles’, memaparkan satu coretan diari yang sebenar.”

Lee, 30, telah menghentikan keretanya di tepi jalan di Los Angeles bagi satu temubual menerusi panggilan telefon –“cara LA sebenar untuk melakukan satu temubual!” kata Lee sambil ketawa.

Namun sebahagian besar dari album baharu beliau adalah berdasarkan kepada satu perhubungan yang gagal di Perancis, dan terdapat banyak lagi pengaruh Gallic, dari minatnya terhadap penyanyi dan penulis lagu Anglo-Perancis Charlotte Gainsbourg hinggalah nama jenis-jenis keju yang beliau gunakan untuk menulis tajuk-tajuk lagu (‘Brie’ tersenarai, tetapi sedihnya bukan ‘Camembert’ dan ‘Gruyere’).

Album telah direkodkan bersama pengeluar Chile-Amerika dan artis elektronik Nicolas Jaar, seorang teman rapat sejak mereka bertemu pada usia 18 tahun pada hari kedua mereka di kolej.

Secara kebetulan, kedua-dua mereka berdua mempunyai ayah yang menjadi pengarah filem, walaupun Alfredo Jaar lebih dikenali dengan seni visual dan fotografinya, dan pengaruh tersebut muncul dalam kolaborasi mereka, terutama padanan bagi lagu instrumental dalam album baharu.

“Saya cenderung untuk berfikir lebih kepada perfileman – ha, sudah pastilah!” kata beliau.
”Kebanyakan daripada lagu saya bermula seperti runut bunyi, satu skor secara imaginasi... kemudian saya meletakkan kata-kata dan melodi sekiranya terdapat kata-kata. Kadang-kala langsung tiada.”

Lee membuat beberapa kemunculan dalam filem-filem arahan ayahnya  sebagai seorang gadis remaja namun ia adalah piano yang benar-benar menarik minat beliau.

Beliau membentuk sebuah kumpulan, Wardell, bersama dengan abangnya, Theo, untuk satu tempoh, sebelum bergabung dengan Jaar bagi kumpulan Just Friends.

“Ia adalah sukar bagi kami untuk berada dalam sebuah bilik dan tidak menghasilkan muzik,” kata beliau.

Menurut Lee, ia adalah Jaar yang mampu untuk menampilkan suaranya dalam satu cara yang sepadan dengan nada suara berbentuk pengakuan dalam lagu-lagunya.

“Dengan kumpulan saya... saya sering kali meluru dan menyanyi bersahaja namun Nico mengajar saya untuk mengubahnya semula dan menjadikan ia lebih intim seakan-akan saya sedang menyanyi di telinga seseorang,” kata beliau.

Ia adalah satu stail yang beliau kagumi pada Gainsbourg, yang beliau katakan sebagai “sangat merdu”.

Seorang yang peramah dan mudah ketawa, adakah beliau mendapati ia sebagai sangat sukar untuk menunjukkan dirinya sendiri bagi album itu?

“Ia akan menjadi sangat menakutkan sekiranya ia telah keluar ketika ia selesai, namun disebabkan oleh COVID-19 ia ditunda sehingga kira-kira setahun dan saya berasa gembira  saya mempunyai tahun tersebut untuk merefleksi diri dan ruang, maka ia tidaklah begitu menakutkan,” kata beliau lagi.

Penangguhan itu bermakna beliau telah mempunyai satu lagi album lagu penuh yang bersedia untuk dikeluarkan, dijangka akan direkodkan tidak lama lagi.

“Saya tidak akan membuang masa!” ujar beliau.
Namun itu perlu ditunggu ketika beliau memberikan satu peluang kepada album pertamanya untuk mendapat perhatian penonton.

“Saya ingin melepaskan ia dengan tenang. Ia sangat bermakna buat saya, ia adalah terlalu peribadi.”  — AFP