DIASAK: Pemain pertahanan Atletico Madrid Mario Hermoso (dua kanan) bersaing dengan pemain pertahanan Levante Oscar Duarte (kanan) pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Club Atletico de Madrid dan Levante UD di stadium Wanda Metropolitano di Madrid, kelmarin. — Gambar AFP

MADRID:Real Madrid semakin menghampiri tangga teratas La Liga Sepanyol selepas pendahulu liga, Atletico Madrid sekali lagi tercicir mata ketika menentang Levante pada Sabtu, selepas menewaskan Real Valladolid 1-0.

Atletico mempunyai peluang untuk menjarakkan kedudukan dengan kelebihan 11 mata minggu ini dengan kemenangan dua kemenangan ke atas Levante tetapi sebaliknya, tewas 0-2 selepas seri 1-1 pada perlawanan hari Rabu, bermakna jurang kelebihan mereka di singgahsana liga kini hanya enam mata.

Real Madrid menambah tekanan dengan menewaskan Real Valladolid menerusi gol Casemiro pada separuh masa kedua, walaupun Atletico kurang satu perlawanan berbanding Real.

“Ia bukan kerana Atletico tewas. Kami percaya kami boleh memenangi liga,” kata Casemiro.

“Masih ada 42 mata menjadi rebutan, ia satu jumlah yang banyak.”

Tempoh ketika ini tidak bagus buat Atletico, yang akan menentang Chelsea dalam aksi Liga Juara-Juara pada Selasa dan sememangnya penting  keputusan itu memberikan kesan kepada satu kebangkitan untuk sekurang-kurangnya kepada pencabar mereka dalam La Liga.

Kemenangan Real Madrid di Stadium Jose Zorilla adalah kemenangan keempat berturut-turut, tiga daripadanya dengan tanpa bolos, mencadangkan benteng pertahanan Real kembali utuh seperti ketika muncul juara musim lepas.

Anak buah Zinedine Zidane juga mencapai kemenangan tanpa beberapa pemain utama dengan penyerang veteran, Karim Benzema menjadi pemain baharu dalam senarai pemain yang cedera seperti Eden Hazard, Sergio Ramos dan Dani Carvajal

Benzema bergelut kembali cergas menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Atalanta pada hari Rabu.

Ketiadaan Benzema bermakna ia penampilan kesebelasan utama yang jarang buat Mariano Daiz sementara Isco adalah pemain senior tunggal di bangku simpanan.

Kekalahan Atletico itu adalah yang kedua dalam liga pada musim ini dan juga kekalahan pertama di Stadium Wanda Metropolitano dalam semua pertandingan sejak Barcelona  menewaskan mereka di sana pada Disember 2019.

Kerana penjadualan semula perlawanan, Atletico menentang Levante buat kali kedua dalam tempoh empat hari dan Levante membuktikan bahawa keputusan seri pada perlawanan pertengahan minggu bukan satu kebetulan, walaupun jika mereka terselamat 28 cubaan dari Atletico sebelum wisel penamat.

Luis Suarez hampir mendapatkan gol penyamaan Atletico dengan  tendangan percuma cantik beliau dalam separuh masa kedua terkena palang.

Jose Luis Morales meletakkan Levante di hadapan sementara Atletico tumpul di jentera serangan selain penjaga gol Levante, Dani Cardenas bertindak tangkas.

Cardenas menyelamatkan 10 cubaan, paling banyak dari mana-mana penjaga gol La Liga dan tanpa bolos musim ini.

Penjaga gol Atletico, Jan Oblak, naik membantu serangan dari satu tendangan sudut pada minit kecederaan, membolehkan Jorge de Frutos menjaringkan gol kedua dengan rembatan dari separuh padang dengan pintu gol terbuka luas.

Bagi Real Madrid, mereka juga mengharungi pengalaman yang hampir sama apabila gagal menembusi pertahanan kebal Valladolid, yang juga mempunyai peluang tetapi penjaga gol Real, Thibaut Courtois beraksi tangkas.

Casemiro akhirnya menembusi pintu gol Valladolid apabila tidak dikawal untuk menanduk tendangan percuma Toni Kroos. — AFP