KOTA KINABALU: Sabah FC akan mulakan kempen Liga Super 2021 dengan dua perlawanan berturut-turut di tempat lawan.

Skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto itu akan berhadapan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan, Melaka United di Stadium Hang Jebat Melaka untuk perlawanan pertamanya pada 6 Mac.

Sabah FC kemudiannya bertandang ke Kedah menentang naib juara Liga Super musim lalu, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman Alor Setar pada 9 Mac.

Selepas itu, barulah Sabah FC akan bertarung di gelanggang sendiri di Stadium Likas  menentang PJ City FC pada 13 Mac.

Setakat ini, Prosedur Operasi Standard (SOP) masih menetapkan semua perlawanan Liga Malaysia dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.

Liga Super membabitkan 12 pasukan dan pertandingan dijalankan secara liga dua pusingan untuk setiap pasukan mempunyai 22 perlawanan.

Ia adalah musim kedua Sabah di saingan Liga Super selepas menamatkan penantian enam tahun selaku Liga Premier  pada 2019 untuk naik ke Liga Super musim lalu.

Sabah berjaya mengekalkan statusnya selaku pasukan Liga Super musim ini selepas menduduki tangga ke-10 iaitu kedudukan selamat terakhir kekal dalam saingan utama bola sepak negara itu.  

Jadual perlawanan Liga Super 2021 Sabah FC:

Pusingan pertama.
6 Mac: Melaka Utd lwn Sabah FC (Std Hang Jebat, Melaka, 9.00 mlm)
9 Mac: KDA FC lwn Sabah FC (Std Darul Aman, Alor Setar, 9.00 mlm)
13 Mac: Sabah FC lwn PJ City FC (Std Likas, 8.15 mlm)  
16 Mac: Sri Pahang FC lwn Sabah FC (Std Darul Makmur, Kuantan, 9.00 mlm)
21 Mac: Sabah FC lwn Terengganu FC (Std Likas, 8.15 mlm)
3 April: KL United lwn Sabah FC (Std Bolasepak KL, Cheras, 9.00 mlm)
6 April: Sabah FC lwn JDT (Std Likas, 8.15 mlm)
9 April: Penang FC lwn Sabah FC (Std Bandaraya, P Pinang, 9.00 mlm)
17 April: Sabah FC lwn UiTM FC (Std Likas, 9.15 mlm)
8 Mei: Selangor FC lwn Sabah FC (Std MBPJ, 10.00 mlm)
19 Mei: Sabah FC lwn Perak FC (Std Likas, 8.15 mlm)

Pusingan kedua:
21-22 Mei: Sabah FC lwn Melaka Utd (Std Likas, 8.15 mlm)
2-4 Julai: Sabah FC lwn KDA FC (Std Likas, 8.15 mlm)
6-7Julai: PJ City FC lwn Sabah FC (Std MBPJ, 9.00 mlm)
9-11 Julai: Sabah FC lwn Sri Pahang FC (Std Likas, 8.15 mlm)
13-14 Julai: Terenganu FC lwn Sabah FC (Std Sultan Mizan Zainal Abidin, 9.00 mlm)
16-17 Julai: Sabah FC lwn KL Utd (Std  Likas, 8.15 mlm)
 24-25 Julai: JDT lwn Sabah FC (Std Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, 9.00 mlm)
27-28 Julai: Sabah FC lwn Penang FC (Std Likas, 8.15 mlm)
30 Julai-1 Ogos: UiTM FC lwn Sabah FC (Std UiTM, Shah Alam, 9.00 mlm)
3-4 Ogos: Sabah FC lwn Selangor FC (Std Likas, 8.15 mlm)
6-8 Ogos: Perak FC lwn Sabah FC (Std Perak, Ipoh, 9.00 mlm)