KUCHING: Empat lagi kematian dan 134 kes baharu jangkitan COVID-19 di Sarawak hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata dua kematian dicatat di Sibu, Bintulu (1) dan Miri (1), sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 73 kes.

Menerusi kenyataan media, JPBNS menjelaskan kes kematian ke-70 merupakan kes ke-4,541 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 48 tahun yang mendapatkan rawatan di Hospital Miri.

Bagi kes kematian ke-71 merupakan kes ke-5,514 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 45 tahun yang dirujuk dari hospital swasta ke Hospital Bintulu kerana kes mengalami sesak nafas.

Manakala, kes kematian ke-72 merupakan kes ke-5,911 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 58 tahun mendapatkan rawatan di Hospital Sibu.

Kes kematian ke-73 merupakan kes ke-2,086 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 77 tahun yang mendapatkan rawatan di Hospital Sibu.

Dalam pada itu, kes positif baharu mengikut daerah ialah, 53 di Sibu, Bintulu (19), Kuching (15), Kapit (12), Samarahan (10), Song (8), Miri (4), Bukit Mabong (3), Selangau (2), Sri Aman (2), Sebauh (2), Bau (1), Julau (1), Meradong (1) dan Belaga (1).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 7,758 kes.

Terdapat 100 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, ia merangkumi 50 dari Hospital Sibu, Pusat Kuarantin Risiko Rendah (PKRC) di bawah Hospital Kapit (15), Hospital Miri (15), Hospital Bintulu (7), Hospital Sarikei (7) dan Hospital Umum Sarawak (6). I

"ni menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 5,579 orang atau 71.91 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak," kata kenyataan itu.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 2,077 orang.

Sebanyak 1,138 kes di Hospital Sibu, 297 di Hospital Miri, 206 di Hospital Kapit (PKRC Kapit), 191 di Hospital Umum Sarawak, 178 di Hospital Bintulu, 49 di Hospital Sarikei, 16 di Hospital Sri Aman (PKRC Sri Aman), satu di Hospital Limbang, satu di PKRC Lawas.

Manakala, 196 PUI baharuru dilaporkan dan lima (5) PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.