CALON AJL35: Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sickta yang akan menyanyikan lagu ‘7 Nasihat’ antara yang mara ke AJL35 yang dijangka akan bersiaran secara langsung tanpa penonton pada 14 Mac depan di Auditorium MBSA, Shah Alam selepas terpaksa ditunda bulan lalu berikutan pandemik COVID-19. — Gambar Media Prima

KEMUNCAK Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) dijangka akan bersiaran secara langsung tanpa penonton pada 14 Mac 2021, jam 9 malam di Auditorium MBSA, Shah Alam selepas terpaksa ditunda bulan lalu berikutan pandemik COVID-19.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, “Kami telah bersedia untuk menganjurkan AJL35 dalam norma baharu. Penularan COVID-19 ini membuatkan kami lebih menitik beratkan kesihatan kakitangan, artis-artis serta mereka yang terlibat menjayakan produksi ini.

“Dalam situasi penularan pandemik ini, kami akan memanfaatkan kebenaran serta kelonggaran yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah berkuatkuasa bermula 8 Januari lalu.

“Bila mendengar keputusan tersebut, perancangan teliti dibuat untuk memastikan kelancaran acara tahunan berprestij ini dan merancang untuk menganjurkan AJL35 pada 14 Mac 2021.

“Walau bagaimanapun, tarikh tersebut bukanlah tarikh muktamad kerana kami perlu akur dengan sebarang ketetapan yang bakal diumumkan oleh pihak MKN dari semasa ke semasa berkaitan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),”  katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

AJL35 yang dihoskan oleh Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari ini telah dijadualkan untuk bersiaran pada 7 Februari lepas di Auditorium MBSA, Shah Alam, sebelum pengumuman penundaannya yang disebabkan oleh pelanjutan tempoh PKP.

Tarikh baharu AJL35 ini juga telah disebut oleh Awal Ashaari ketika bersiaran secara langsung dalam rancangan Melodi pada Ahad lepas.

AJL35 menampilkan penaja utama, McDonald’s Malaysia, “Meriahkan Anugerah Juara Lagu 35 di rumah sambil menikmati menu McD kegemaran anda melalui McDelivery! Bila teringin, McDelivery hantar. Senang”.

Selain itu, AJL35 disokong oleh penaja-penaja bersama iaitu Celcom Xpax, “Truly Unlimited. Internet Tanpa Had, 2x lebih pantas di rangkaian yang terluas”  dan Sabella serta Shell selaku rakan penaja.

Selain itu, AJL35 turut disokong oleh rakan-rakan pemasaran, rakan radio Hot FM dan Kool FM serta rakan digital Senang Terhibur, OHBULAN! dan xtra.com.my.

Saksikan juga Debaran AJL35, sebuah program khas berdurasi satu jam bersama Sherry Alhadad dan Haziq Hussni yang menyingkap setiap sudut persiapan AJL35.

Debaran AJL35 ini akan disiarkan secara langsung pada jam 5.30 petang hingga 6.30 petang, hari Sabtu, 13 Mac di TV3.

Selain itu, para penonton di rumah berpeluang untuk saksikan temu bual eksklusif di karpet merah yang digelar Lounge AJL35 bersama Muaz Mohamed (Kool FM) dan Sissy Imann pada hari Sabtu, 14 Mac pada jam 8.30 malam di TV9.

Untuk maklumat lanjut, para penonton boleh layari www.anugerahjuaralagu.com serta laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia dan Senang Terhibur.

Ikuti juga trend semasa perbualan alam maya melalui #AJL35.