Sejak kebelakangan ini, kata kunci seperti kecantikan dan penjagaan kulit bukan sahaja ekslusif untuk wanita malah ia juga amat penting untuk lelaki. Walaupun persepsi tradisional mengenai kecantikan mungkin berkisar sekitar kosmetik dan solekan, aliran kecantikan hari ini berkembang kepada pendekatan dalaman-ke-luar.

Kunci utamanya adalah apabila seseorang menjaga tubuh dan menjaga kulit agar sentiasa terhidrasi dengan baik, ia akan menyerlahkan kecantikan kulit secara semula jadi tanpa memerlukan solekan yang berat.

Oleh kerana semakin ramai pengguna menyedari betapa pentingnya penjagaan kulit agar kekal terhidrasi dan segar, topeng lembaran wajah telah menjadi salah satu ikutan dan kini menjadi barang yang mesti dimiliki. Produk ikonik ini adalah cara mudah dan menyeronokkan untuk memanjakan wajah dengan nutrien dan kelembapan - kekal di wajah semasa anda mencuci, memasak, membaca atau menonton TV dalam keselesaan di rumah.

Meningkatkan Keberkesanan Kecantikan yang Efektif dengan Topeng Lembaran Wajah

Mengikuti gelombang ini, Herbalife Nutrition kini memperkenalkan rangkaian Herbalife Nutrition Vitamin Masks yang memikat – siri topeng lembaran wajah yang direka untuk penyerapan nutrisi pada wajah yang mendalam dan menyegarkan.

"Sebagai nama yang selalu sinonim dengan pemakanan, kami menggunakan pendekatan holistik dan berasaskan kesihatan terhadap kecantikan," kata Pengurus Besar / Pengarah Herbalife Nutrition Malaysia Steven Chin. "Orang ramai pada masa kini sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan kulit wajah. Perkara ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan seterusnya mempengaruhi penampilan."

Mengembalikan kelembapan semula jadi kulit adalah fungsi terpenting mana-mana topeng lembaran wajah. Semasa memilih topeng lembaran wajah, lihat ramuannya. Pilih topeng lembaran wajah yang mempunyai bahan-bahan yang bukan sahaja menghidratkan kulit, tetapi memulihkan dan membina semula kelembapan semula jadi kulit untuk melindunginya daripada faktor luaran seperti udara yang kering.

Salah satu daripadanya ialah asid hyaluronik tiga kali ganda – bahan proprietari yang terdapat dalam Moisturizing Vitamin Mask Herbalife Nutrition. Ini adalah gabungan tiga jenis asid hyaluronik dengan berat molekul yang berbeza-beza dan menembusi lapisan kulit yang lebih dalam untuk meningkatkan fungsi penghalang dan tahap penghidratannya(1). Ini akan menghasilkan kulit wajah yang lembap, halus dan anjal(2).

Penghidratan Dari Dalam ke Luar

Selain memberi tumpuan kepada pemeliharaan kulit dari luar, penghidratan kulit dari dalam ke luar juga penting. 

Apabila kulit seseorang terhidrat, kulit mereka akan menjadi lebih halus, lembut dan berawet muda. Kesalahan yang biasa dilakukan adalah memandang rendah kesan dehidrasi pada kulit, yang boleh menyebabkan kulit yang tidak rata dan penampilan garis-garis halus(3). Kekal terhidrasi bukan hanya baik untuk anda, tetapi faedahnya juga jelas pada permukaan kulit.

Ia adalah lebih daripada sekadar meminum air yang secukupnya. Mengambil makanan tambahan yang betul juga dapat memberi penghidratan yang diperlukan oleh tubuh anda tanpa rasa kembung.

Salah satu hidrator yang paling kuat di alam semula jadi adalah lidah buaya, yang mempunyai kandungan air sebanyak 99.5% dan telah digunakan selama berabad-abad untuk mencegah atau merawat dehidrasi(4). Keistimewaan tambahannya adalah kandungan antioksidan dan vitamin semula jadinya yang berkaitan dengan perlindungan kulit(5). Walau bagaimanapun, pastikan anda menggunakan Aloe Vera yang tidak mengandungi aloin. Banyak produk Aloe Vera di pasaran mengandungi aloin yang pahit, yang merupakan faktor laksatif semula jadi yang boleh menyebabkan ketidakselesaan perut(6).
   
Pencernaan yang Baik untuk Kulit Wajah yang Lebih Baik

Aspek lain untuk kulit bersinar yang sihat adalah kesihatan pencernaan kita. Sistem pencernaan yang sihat berfungsi untuk membuka jalan untuk kecantikan semula jadi dari dalam ke luar.

Saluran pencernaan anda seperti tanah, dan rambut dan kulit anda seperti tanaman, jika tanah tidak sihat, tanaman tidak akan mekar dengan baik. Saluran pencernaan ialah tempat nutrien penting diserap untuk menghasilkan sel kulit yang sihat(7), dan untuk mensintesis protein seperti kolagen yang mengekalkan kehalusan kulit, kilauan rambut dan kesihatan kuku. Salah satu nutrien yang paling penting untuk kesihatan pencernaan yang optimum ialah serat makanan, yang terdapat dalam makanan yang berasal daripada tumbuhan.

Malangnya, 95% dari rakyat Malaysia tidak mengambil serat yang mencukupi setiap hari. Ini boleh dikaitkan dengan gaya hidup moden yang tidak sihat, dan kebiasaan pemakanan tempatan kita yang sering kekurangan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Bagi mereka yang tidak suka mengambil sayur-sayuran, alternatifnya adalah untuk memasukkan makanan tambahan ke dalam makanan mereka.

Semasa membeli makanan tambahan serat, pilih yang terdiri daripada serat tidak larut dan serat larut seperti inulin. Ini lebih berkesan untuk membantu menjaga kesihatan gastrointestinal anda, dan juga untuk menggalakkan pergerakan usus secara berkala(8).

Kepentingan Kolagen

25% hingga 30% daripada jumlah protein dalam badan kita terdiri daripada kolagen, di mana 75% adalah terdiri daripada kolagen kulit. Sebilangan besarnya terdapat di otot, tulang, kulit, saluran darah, system pencernaan dan tendon dan berfungsi dari dalam ke luar untuk menegang dan menganjalkan kulit kita(9).

Bermula dari usia pertengahan 20-an, tahap kolagen dalam badan akan mula berkurangan dan kulit akan menjadi semakin kering, kendur dan mudah berkedut. Gaya hidup lain seperti diet gula tinggi, merokok dan pendedahan cahaya matahari yang berlebihan mempercepatkan lagi proses ini(10). 

Mujur ada produk di pasaran yang dapat membantu memulihkan kolagen semula jadi tubuh, sekaligus menyediakan antioksidan dan mineral untuk kuku dan rambut yang lebih sihat. Dengan pemeliharaan diet dan pengambilan makanan tambahan yang betul, anda boleh melambatkan kesan penuaan dan menikmati kulit yang cerah dan sihat.

Fikirkan Kecantikan, Fikirkan Pemakanan

Setiap orang ingin mempunyai kulit yang berseri dan sempurna. Pastikan anda meluangkan masa untuk memanjakan diri dan menyuburkan kulit anda dengan topeng lembaran wajah yang menyegarkan dan mengamalkan penghidratan kulit dan tabiat makan yang kerap. Namun, kini semakin jelas bahawa kecantikan bukanlah penyelesaian luar yang cepat dan ia bermula dengan penjagaan dalaman anda.

Sumber:
1. Essendoubi, M., Gobinet, C., Reynaud, R., Angiboust, J., Manfait, M. and Piot, O., 2015. Human skin penetration of hyaluronic acid of different molecular weights as probed by Raman spectroscopy. Skin Research and Technology, 22(1), pp.55-62.
2. https://www.healthline.com/nutrition/hyaluronic-acid-benefits
3. https://www.healthline.com/health/dehydrated-skin#symptoms
4. Hamman, J., 2008. Composition and Applications of Aloe vera Leaf Gel. Molecules, 13(8), pp.1599-1616.
5. https://www.medicalnewstoday.com/articles/318591.php
6. Loo, M., 2009. Integrative Medicine For Children. St. Louis, Mo.: Saunders/Elsevier, pp.Chaper 26: 269-280.
7. https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/digestiv...
8. https://www.medicalnewstoday.com/articles/318593
9. Sibilla, S. and Borumand, M., 2015. Effects of a nutritional supplement containing collagen peptides on skin elasticity, hydration and wrinkles. Journal of Medical Nutrition and Nutraceuticals, 4(1), p.47.
10. https://www.medicalnewstoday.com/articles/262881.php