KUCHING: Sebagai sebahagian daripada pembentukan semula Shell global, Shell Malaysia akan melakukan perubahan bagi memastikan syarikat berkembang maju menerusi peralihan tenaga dan menjadi organisasi yang lebih ringkas.

Penyusunan semula berke-naan akan memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan bagi menjadi organisasi lebih efisien, kompetitif dan kolabratif dalam landskap yang mencabar hari ini.

Shell Malaysia akan melihat pertumbuhan pekerjaan di bidang tertentu perniagaannya di seluruh negara serta pengurangan pekerjaan di bidang lain, dengan kesan terbesar yang dirasakan dalam perniagaan huluan, dengan jangkaan pengurangan antara 250-300 peranan.

Namun, apabila perniagaan lain di Malaysia dilihat akan berkembang, maka pengurangan secara keseluruhan peranan Shell Malaysia diharapkan hanya sekitar dua peratus dan pengurangan ini akan berlaku secara berpe-ringkat selama dua tahun.

“Malaysia adalah negara paling penting kepada Kumpulan Shell. Eksplorasi dan pengeluaran huluan terus menjadi perniagaan penting bagi Shell dan perniagaan huluan di Malaysia telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada sembilan Unit Prestasi Teras Shell di seluruh dunia.

“Perubahan organisasi yang kita laksanakan sa-ngat penting bagi perniagaan untuk mengurangkan kerumitan, mendorong hu-bungan yang lebih kukuh dan memudahkan aset serta usaha memberi tumpuan kepada penyampaian,” kata Pengerusi Shell Malaysia Datuk Iain Lo.

Sebagai sebahagian dari-pada usaha untuk meningkatkan kecekapan dan kolabaratif, sebahagian besar kakitangan Shell Malaysia terlibat operasi huluan akan berpindah ke pejabat utama di Miri dan pejabat berkenaan akan terus membolehkan cara kerja baharu dan lebih baik.

Shell Malaysia akan terus mengekalkan pejabat di Kota Kinabalu, Sabah untuk perniagaan hiliran dan sokongan kepada operasi huluan. Tiada perubahan pada operasi perairan luar pesisir di Sabah.

Menara Shell di Kuala Lumpur akan terus menjadi tuan rumah Shell Malaysia Downstream dan entiti korporat manakala pusat ope-rasi perniagaan Shell akan diteruskan di Wisma Shell di Cyberjaya.

“Kami menyedari bahawa ini adalah berita sukar bagi kakitangan yang terkena impak dan ini bukanlah keputusan yang mudah.

“Namun, perubahan ada-lah sesuatu yang diperlukan untuk memastikan bahawa Shell di Malaysia tetap kompetitif, bertahan pada masa-masa yang mencabar dan berada dalam kedudukan yang kukuh untuk merebut peluang dalam peralihan tenaga. Shell komited untuk melibatkan kakitangan secara proaktif sepanjang proses dan memastikan perlakuan yang adil menurut undang-undang dan peraturan pekerjaan Malaysia,” tambah Lo.

Shell Malaysia berhasrat mengembangkan perniagaan pemasaran hilirannya untuk memperkukuhkan kedudukan menerajui Retail and Lubricants di negara ini.

Operasi perniagaan Shell di Malaysia yang memiliki pelanggan di lebih daripada 25 negara akan terus berkembang untuk memenuhi permintaan yang meningkat daripada perniagaan dari syarikat Shell di negara lain.

Shell’s Middle Distillate Synthesis (Shell MDS)  di Bintulu terus menjadi perniagaan khusus bagi Shell di Malaysia, menghasilkan rangkaian produk berkualiti tinggi termasuk lilin GTL, cecair penggerudian dan bahan kimia.

Shell terus mengekalkan rangkaian peruncit, pengedar, pembekal di Malaysia, di rantaian nilai luas mereka dan semua yang secara tidak langsung dalam pekerjaan mereka kerana mereka berusaha memberikan produk dan per-khidmatan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Shell telah berada di Malaysia selama hampir 130 tahun dan syarikat itu berharap untuk terus berada di Malaysia pada tahun-tahun akan datang sebagai usaha untuk menjadi rakan kongsi memajukan Malaysia.

Shell akan terus mencari peluang pertumbuhan di Malaysia sesuai dengan strategi globalnya untuk menyokong negara ini dengan peralihan tenaganya.