WASHINGTON: Donald Trump, didorong oleh sokongan daripada timbalannya Mike Pence yang menentang penggulingan presiden Amerika Syarikat (AS) itu, menafikan bertanggungjawab kelmarin bagi satu serangan ke atas Kongres oleh penyokongnya tetapi kini berdepan dengan pendakwaan kedua yang hampir pasti akan diusahakan oleh Kongres.

Dengan sokongan Republikan kepada Trump yang semakin terhakis pada hari-hari terakhir pemerintahannya, Pence bertindak sebagai tonggak dan menolak seruan Demokrat untuk mengguna-kan Pindaan Ke-25 bagi menyingkirkan presiden itu daripada jawatannya.

“Saya tidak percaya tindakan sedemikian menjaga kepentingan terbaik negara kita,” tulis Pence dalam sepucuk surat kepada Speaker Dewan Nancy Pelosi sejurus sebelum Dewan dijadual membuat undian bagi satu langkah untuk menyeru Pence menggunakan pindaan tersebut bagi melucutkan kuasa Trump.

Selepas usaha itu gagal, Pelosi dengan cepat meng-umumkan pengurusnya bagi perdebatan pendakwaan dalam Kongres, iaitu isyarat paling kuat setakat ini bahawa beliau akan meneruskan usaha untuk menjadikan Trump presiden pertama dalam sejarah AS yang  didakwa dalam Kongres buat kali kedua.

Satu undian pendakwaan dalam Dewan Perwakilan dijangkakan semalam.

Tuduhan “hasutan bagi pemberontakan” berhubung ucapannya pada 6 Januari le-pas di mana beliau mendakwa beliau adalah pemenang sebenar pilihan raya pada November lalu, dan kemudian menggesa penyokong untuk berarak ke Kongres dan “berlawan” hampir pasti akan menerima sokongan majoriti.

Terdahulu Trump melawat Alamo, Texas, dan walaupun beliau menggesa tentang “keamanan dan ketenangan” dalam satu lawatan ke tembok sempadan AS-Mexico, mesej keseluruhannya adalah tentang keengganan untuk memikul tanggungjawab.

Orang ramai menyerang bangunan Capitol, bertelingkah dengan polis, menggeledah pejabat, dan seketika memaksa penggubal undang-undang yang ketakutan dan Pence untuk meninggalkan persidangan bagi mengesah-kan kemenangan Demokrat Joe Biden dalam pilihan raya presiden.

Trump dengan ingkar menegaskan “semua orang” berpendapat ucapannya tempoh hari adalah “wajar sama sekali”.

Trump menyifatkan kemungkinan bahawa beliau akan didakwa sebagai “ke-sinambungan kepada pemburuan sihir terbesar dalam sejarah politik”.

Ahli-ahli Demokrat hampir pasti meluluskan pendakwaan dalam Dewan.

Ia nampak tidak mungkin bahawa Senat yang dikuasai Republikan akan mengadakan persidangan tergempar untuk mengadakan perbicaraan bagi Trump sebelum penggalnya tamat pada 20 Januari.

Bagaimanapun, keretakan yang signifikan semakin kelihatan dalam parti itu yang telah dipukau oleh Trump sejak empat tahun lalu.

Menurut akhbar The New York Times, ketua majoriti Senat yang berpengaruh, Senator Mitch McConnell, telah menyatakan secara peribadi bahawa beliau percaya Trump tidak ada melakukan kesalahan yang boleh didakwa dalam Kongres.

Di dalam Dewan, ahli Republikan nombor tiga Liz Cheney, anak perempuan bekas naib presiden, Dick Cheney, berkata beliau akan mengundi untuk mendakwa.

Ini berlaku selepas ahli Republikan Dewan tertinggi, Kevin McCarthy, berkata ahli-ahli tidak diperlukan untuk mengikuti pendirian parti dalam undian itu – satu penurunan sokongan yang signifikan bagi Trump.  

Diharamkan oleh Twitter dan Facebook, dua platform yang memainkan peranan penting dalam kejayaannya yang mengejutkan sehingga memegang kuasa pada 2016, Trump buat pertama kalinya mengalami masalah untuk membentuk mesej berita, satu penapisan oleh Big Tech yang beliau sifatkan sebagai satu “kesilapan yang membawa bencana”. — AFP