OTTAWA: Polis persekutuan Kanada (RCMP) melancarkan siasatan kelmarin mengenai satu kematian COVID-19 berkaitan dengan kerja selepas keluarga mangsa menuduh majikannya dengan kecuaian kriminal.

Ia merupakan siasatan jenayah pertama di negara ini bagi satu kematian yang berpunca daripada jangkitan di tempat kerja sejak pandemik bermula pada awal tahun lepas, menurut media tempatan.

Benito Quesada, seorang pendatang berusia 51 tahun dari Mexico, meninggal dunia di hospital pada Mei tahun lepas, beberapa minggu selepas dia dan beratus-ratus pekerja lain di sebuah kilang pembungkusan daging Cargill di High River, Alberta  telah dijangkiti COVID-19.

“RCMP sedang menyiasat tuduhan bahawa Cargill terlibat dari segi kriminal dalam kematian seorang pekerja yang meninggal dunia akibat COVID-19,” Korporal RCMP Tammy Keibel memberitahu AFP.

“Ia masih awal. Buat masa sekarang kami sedang melihat pada satu pakej maklumat (diberikan oleh ahli keluarga) untuk menentukan sekiranya terdapat sebarang elemen jenayah oleh Cargill.”

Hampir separuh daripada 2,000 pekerja di kilang tersebut didapati positif COVID-19 pada awal Mei dalam apa yang dikatakan sebagai wabak tempat kerja yang paling besar di negara ini.

Kebanyakan perniagaan telah diarahkan ditutup ketika permulaan pandemik namun rumah penyembeli-han dan kilang pemprosesan daging dilihat sebagai pen-ting dan dibenarkan untuk meneruskan operasi.

Keluarga Quesada telah memfailkan satu aduan polis pada Jumaat lepas menyata-kan bahawa Cargill yang berpusat di Minnesota gagal untuk melindungi pekerja-nya.

Mereka menuduh syarikat itu tidak menyediakan kakitangannya dengan pakaian perlindungan yang sepa-tutnya, tidak mengarahkan pekerja bagi penjarakan sosial dan membenarkan pekerja bertugas walaupun terdapat ujian positif atau simptom COVID-19.

Mereka turut menyatakan Cargill mengancam untuk memberhentikan sesiapa yang tidak datang bekerja buat sementara waktu, dan menawarkan bonus berjumlah  Can$500 kepada mereka yang tidak terlepas syif.

Keluarga berkata, Quesada teruja dengan bonus itu untuk terus pergi bekerja.

Anak perempuannya yang berusia 16 tahun, Ariana Quesada, memberitahu penyiar awam CBC bahawa satu aduan polis telah difailkan dalam langkah “untuk membawa keadilan bagi ayah saya... untuk akhirnya memastikan Cargill bertanggungjawab atas apa yang mereka telah lakukan.”

“Saya meraikan Krismas dengan kurang seorang untuk dipeluk,” katanya, sambil menahan tangisan. “Manakala semua para eksekutif dan pengurus besar, semua orang di Cargill, berpeluang untuk menyambut Krismas bersama dengan orang tersayang mereka.”

Menurut CBC, polis Ontario telah teragak-agak untuk menyiasat selepas menerima aduan yang sama melibatkan kematian tiga penjaga pada April yang dijangkiti COVID-19 di rumah pesakit atau di pusat penjaga-an jangka panjang.

Namun pada bulan yang sama, pihak berkuasa Quebec telah menghubungi polis agar menyiasat rumah penjagaan orang tua di mana beberapa pesakit ditemui dalam ke-adaan uzur, dan beberapa orang meninggal dunia akibat virus tersebut. — AFP