NASIRIYAH:Seorang anggota polis terbunuh kelmarin di Iraq, menurut pihak tentera, ketika pasukan keselamatan menembak bagi meleraikan satu bantahan yang memasuki hari ketiga berturut-turut di bandar Nasiriyah, menurut pihak medik.

Anggota polis itu “terbunuh akibat satu tembakan di kepala”, seorang medik di bandar 300 kilometer di selatan bandar utama Baghdad berkata. Pihak tentera mengesahkan kematian.

“Seramai 33 anggota polis lain telah tercedera dalam kejadian pada hari tersebut,” tambah pihak tentera, tanpa memberikan penjelasan.

Sumber perubatan menyatakan beberapa orang penunjuk perasaan telah tercedera.

Beberapa orang saksi menyatakan pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan bagi meleraikan penunjuk perasaan – termasuk beberapa orang yang melontar batu – dari sebuah dataran bandar yang bertindak sebagai satu pusat utama bagi sebuah pergerakan bantahan yang meluas telah bermula pada Oktober 2019.

Beberapa buah khemah di Dataran Habbubi yang masih ada sehingga November 2020, ketika lapan orang terkorban dalam perbalahan antara penunjuk perasaan antikerajaan dan pengikut kepada pemimpin Syiah Moqtada Sadr.

Penunjuk perasaan antikerajaan telah menawan semula dataran itu pada Jumaat lepas, menuntut pembebasan rakan mereka yang telah ditangkap pada beberapa minggu lepas.

Pasukan keselamatan telah beberapa kali menembak ke udara dan melontar grenad asap ke arah penunjuk perasaan, yang mana pergerakan mereka buat kali pertama menembusi bahagian lain di bandar tersebut.

Seorang jurucakap bagi penunjuk perasaan memberitahu AFP bahawa 13  orang penunjuk perasaan yang telah ditangkap telah dibebaskan, sambil menambah bahawa pihak berkuasa telah berjanji bahawa tahanan yang lain akan dibebaskan pada hari berikutnya.

Tunjuk perasaan Iraq bergolak pada tahun lepas disebabkan oleh pandemik COVID-19  dan satu tindakan yang menyebabkan hampir 600 orang meninggal dunia dan 30,000 orang tercedera.

Namun penculikan, pembunuhan yang disasarkan dan penahanan ketua protes telah diteruskan.

Selain menuntut satu penamat kepada kegiatan rasuah dalam politik, penunjuk perasaan turut mahu peluang pekerjaan dan memperbaiki perkhidmatan awam.

Namun kemampuan negara untuk membiayai permintaan ini telah dilumpuhkan oleh satu krisis ekonomi, termasuk defisit fiskal yang besar. — AFP