KUALA LUMPUR: PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) melancarkan bahan api terbaharunya, PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race, yang dicipta untuk memenuhi permintaan enjin berteknologi tinggi masa kini dan memberikan pemanduan lebih berkuasa, responsif dan efisien.

PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race baharu ini mempunyai ciri-ciri unik yang dirumus dengan pengubahsuaian teknologi 'Advanced Dual Friction' pertama di dunia. 

Teknologi ini 25% lebih efisien dalam mengurangkan geseran berbanding produk sebelumnya. Produk ini juga mampu mengurangkan pelepasan karbon melalui peningkatan interaksi antara bahan api dan minyak pelincir, di samping menambah kecekapan bahan api bagi pemanduan lebih jauh. 

AZRUL

Petrol baharu ini juga mampu menghapuskan sehingga 99.9% deposit di bahagian utama enjin, menyerlahkan potensi kereta untuk mencapai kuasa maksimum dengan mudah.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB Azrul Osman Rani berkata, PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race baharu adalah petrol terbaik kami, kerana formulasi baharu ini telah dibangunkan untuk memenuhi teknologi enjin termaju dan keperluan pemanduan berkuasa tinggi pelanggan kami hari ini. 

"Dengan mengadaptasikan penggunaan teknologi bendalir dari trek ke jalan raya, kami teruja kerana akhirnya dapat memberikan pelanggan pengalaman pemanduan bersahaja, melalui faedah 3-dalam-1 iaitu kuasa, kegerakbalasan dan kecekapan," katanya.

Memanfaatkan pengalaman PETRONAS dalam membangunkan teknologi bendalir yang memberi kuasa kepada pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS untuk meraih kemenangan di FIA F1 World Constructors Championship sebanyak tujuh kali berturut-turut pada tahun 2020, petrol baharu ini telah dicipta untuk kuasa tanpa tandingan dan luar jangkaan.

Lewis Hamilton, juara dunia F1 pasukan Mercedes-AMG PETRONAS turut bersetuju "Persaingan di litar lumba adalah sangat sengit. Oleh itu, saya memerlukan bahan api yang mampu memberikan saya kuasa luar jangkaan – ketika saya memecut, membelok di selekoh dan ketika mendahului yang lain. PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race adalah petrol yang akan memberikan kuasa kepada kereta anda apabila diperlukan. Saya memahami definisi kuasa, kini giliran anda untuk mengalaminya."

Prestasi produk ini telah dibuktikan oleh pelanggan melalui siri ujian yang dijalankan dalam keadaan pemanduan dan jalan raya sebenar. Hasil ujian ini menunjukkan dua daripada tiga peserta merekodkan prestasi lebih baik dengan PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race berbanding petrol premium lain yang sedang digunakan ketika ini. 

Secara khususnya, 69% bersetuju bahawa petrol baharu ini memberikan lebih kuasa dan 66% mengatakan ia lebih responsif. Dari segi kecekapan, 73% peserta mengesahkan petrol baharu merekodkan lebih kilometer untuk setiap liter, dan melepaskan karbon dengan kadar lebih rendah.

Azrul menambah hasil ujian dan maklum balas daripada pengguna amatlah menggalakkan. 

"Sebagai rakan tenaga dan penyelesaian progresif, kami sentiasa mencari peluang untuk menambah baik dan meningkatkan produk yang kami tawarkan bagi mengekalkan kedudukan sebagai jenama pilihan pelanggan. Kami yakin PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race akan melangkaui jangkaan pelanggan dan memberikan mereka kepuasan pemanduan," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race, sila layari www.primax.my.