DILARANG MASUK: Anggota polis mengadakan sekatan di jalan raya di tempat berlakunya kejadian tembak mati yang dipercayai suspek kepada pembunuhan seorang guru di Conflans-Sainte-Honorine, Paris. — Gambar AFP

PARIS: Seorang guru Perancis yang baru-baru ini menunjukkan kepada pelajarnya kartun Nabi Muhammad telah dipenggal kepalanya di luar sekolahnya kelmarin, dalam apa yang dikatakan oleh Presiden Emmanuel Macron sebagai satu “serangan pengganas Islamis.”

Penyerang, yang mana identitinya masih belum dipastikan, telah ditembak oleh pihak polis ketika mereka cuba untuk menahan dia serta meninggal dunia kemudian akibat kecederaannya, menurut polis.

Penyerang melaungkan "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) ketika pihak polis mengepungnya, satu jeritan yang sering kedengaran dalam serangan pejuang jihad, menurut sumber polis.

Perancis telah melihat satu gelombang bagi keganasan Islamis sejak serangan pengganas 2015 terhadap majalah satira Charlie Hebdo dan sebuah pasar raya Yahudi di ibu negara.

Pendakwa raya antipengganas Perancis menyatakan mereka telah menganggap serangan itu sebagai “satu pembunuhan dikaitkan dengan sebuah organisasi pengganas”.

Serangan berlaku  di luar bandar Paris pada kira-kira jam 5:00 petang waktu tempatan berhampiran sekolah menengah di mana guru yang bertugas di Conflans Saint-Honorine, sebuah subbandar barat laut kira-kira 30 kilometer dari terngah bandar utama Perancis.

Pembunuhan mencetuskan petanda bagi “satu serangan pengganas Islamis”, menurut Macron ketika beliau melawat tempat kejadian.

Kelihatan sedih, presiden menyatakan bahawa “seluruh negara” sentiasa bersedia untuk mempertahankan guru-guru dan bahawa “amalan mengaburkan maklumat tidak akan berjaya”.

Empat orang, termasuk seorang bawah umur, telah ditangkap, seorang sumber kehakiman memberitahu AFP pada awal semalam. Semua mereka mempunyai kaitan dengan penyerang, tambah sumber tersebut.

Mangsa merupakan seorang guru sejarah yang baru-baru ini menunjukkan kartun Nabi Muhammad sebagai sebahagian dari satu perbincangan kelas mengenai kebebasan bersuara, menurut polis.

Ibu bapa kepada seorang pelajar di sekolah menyatakan guru itu mungkin telah mencetuskan “kontroversi” dengan meminta pelajar beragama Islam agar keluar dari kelas sebelum menunjukkan kartun tersebut.

 “Menurut kepada anak lelaki saya, beliau adalah seorang yang sangat baik, peramah, sangat pemurah hati,” ibu bapa, Nordine Chaouadi, memberitahu AFPTV.

Guru tersebut “hanya menyatakan kepada pelajar Islam: ‘Tolong keluar, saya tidak mahu ia akan mengganggu perasaan anda.’ Itulah apa yang diberitahu oleh anak lelaki saya kepada saya,” jelas ibu bapa tersebut.

Menurut kepada seorang sumber kehakiman, sekeping kad pengenalan ditemui pada penyerang menunjukkan dia telah dilahirkan di Moscow pada 2002, walaupun pihak penyiasat sedang menunggu bagi satu pengenalpastian yang rasmi.

Pihak polis menyatakan mereka sedang menyiasat satu ciapan yang dihantar dari satu akaun menunjukkan sekeping gambar bagi kepala guru itu, dan yang kemudian telah ditutup.

Ia masih belum jelas sama ada mesej itu, yang mengandungi satu ugutan terhadap Macron, dikatakan sebagai “pemimpin golongan kafir” telah dihantar oleh penyerang, kata mereka.

Penduduk di kawasan kejiranan yang biasanya tenang menyatakan mereka telah terkejut ketika pelajar dari sekolah, sebahagian dari mereka ditemani oleh ibu bapa masing-masing, berkumpul di jalan raya sambil memeriksa telefon mereka untuk perkembangan terkini.

“Tiada apa-apa yang pernah berlaku di sini,” kata Mohand Amara, yang tinggal berhampiran, ketika beliau membawa anjingnya berjalan-jalan tidak jauh dari kawasan sekolah.

“Ia membuatkan saya berasa sedih, dicacatkan, itu adalah sangat mengejutkan,” kata Virginia berusia 15 tahun, yang pernah menjadi pelajar kepada guru yang dibunuh dan menyatakan beliau mempunyai “kenangan yang manis” dengannya.

Pihak polis telah tiba di tempat kejadian selepas menerima satu panggilan mengenai seorang individu yang mencurigakan berkeliaran berhampiran sekolah, menurut seorang sumber polis.

Mereka menemui lelaki yang mati dan kemudian mengesan suspek, bersenjatakan sebilah pisau, yang mengancam mereka ketika mereka cuba untuk menangkap dia.

Mereka melepaskan tembakan dan mencederakan dia dengan teruk. Lelaki itu kemudian meninggal dunia akibat kecederaannya, menurut sumber kehakiman.

Tempat kejadian telah ditutup dan sebuah unit pemusnah bom dikerahkan kerana kehadiran sehelai ves bahan letupan yang mencurigakan, menurut seorang sumber polis.

Parlimen Perancis menangguhkan perdebatan kelmarin selepas berita mengenai pembunuhan, dengan presiden sesi Hugues Renson, kelihatan terkejut, menggelar serangan itu sebagai “keji.”

Para AP berdiri ketika Renson menyatakan bahawa “dengan nama semua kita, saya ingin memberikan penghormatan kepada mangsa.”

Pembunuhan berlaku ketika pasukan keselamatan telah berada dalam keadaan sangat berjaga-jaga semasa perbicaraan yang dijalankan terhadap rakan subahat disyaki bagi penyerang dalam serangan pengganas Januari 2015 di Paris, yang turut melihat seorang polis wanita ditembak di jalan raya.

Ia turut muncul hanya beberapa hari selepas seorang pengikut kumpulan militan Islamic State yang menyerang seorang anggota polis dengan sebatang tukul di luar katedral Notre-Dame di Paris telah dijatuhkan hukuman penjara selama 28 tahun.

Pada bulan lepas, tuduhan telah dikemukakan terhadap seorang lelaki Pakistan berusia 25 tahun selepas dia mencederakan dua orang dengan sebilah pisau pemotong daging bagi membalas dendam terhadap penerbitan karikatur Nabi Muhammad oleh Charlie Hebdo, yang kelihatan menyerupai pembunuhan 2015.

Seramai 17 orang telah terkorban dalam kejadian selama tiga hari yang membawa kepada satu gelombang keganasan Islamis di Perancis yang setakat ini meragut lebih dari 250 nyawa. — AFP