JOM SERTAI KAMI: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd mengadakan Karnival 4WD Nissan pada hari ini dan esok.
KUCHING: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) kini mengadakan Karnival 4WD Nissan khas untuk warga Kuching selama dua hari bermula hari ini.
Menurut Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk Tan Keng Meng, karnival itu diadakan dari jam 10 pagi hingga 8 malam di Pusat 3S Kuching ETCM.
“Karnival ini bagi memberi peluang kepada masyarakat di bandar raya ini untuk merasai sendiri keupayaan pemanduan pacuan empat roda serta keselesaan model ‘crossover’ premium Nissan X-Trail dan trak pikap Nissan NP300 Navara yang baharu.
“Bukan itu sahaja, ETCM turut memulakan aktiviti eksklusif ‘Book and Win’ (tempah dan menang) untuk para pelanggan yang menempah mana-mana kenderaan Nissan sepanjang karnival tersebut.
“Peraduan ini membolehkan mereka memenangi TV LED Sharp bersaiz 40 inci atau pelbagai hadiah menarik yang lain,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini semalam.
Malah, Tan memberitahu sebagai sebahagian daripada pengalaman 4WD tersebut, karnival itu juga akan menampilkan dua laluan berhalangan yang unik dan telah direka khas.
“Laluan ‘Elephant Ramp’ menunjukkan keupayaan kenderaan untuk melalui laluan tidak rata menerusi pergerakan suspensi yang luas, dibantu oleh sistem 4WD kawalan elektronik yang mengoptimumkan aspek cengkaman secara automatik.
“Sementara ujian permukaan tidak rata pula membuktikan tahap keselesaan pemanduan kenderaan 4WD Nissan walaupun di atas jalan yang kasar. Kedua-dua laluan sukar itu direka untuk ETCM, Jalan Ipo, Kuala Lumpur,” jelasnya.
Katanya lagi, laluan tersebut bagi menunjukkan pelbagai ciri yang pertama dalam kelasnya seperti sistem Suspensi Multi-Link serta keupayaan sebenar Nissan NP300 Navara dan Nissan X-Trail untuk beraksi dalam kondisi jalan yang berbeza.
Selain X-Trail dan Navara baharu, para pengunjung berpeluang untuk memandu uji model-model Nissan yang lain seperti Almera, Teana, Serena S-Hybrid, Sylphy dan Grand Livina termasuk Nissan LEAF (kereta elektrik sebenar dunia yang pertama) sepanjang karnival tersebut.
“Pelbagai aktiviti menyeronokkan dengan hadiah menarik untuk dimenangi menanti para pengunjung karnival.
“Ini termasuklah Cabaran Kuasa Khas untuk para pengunjung yang ingin menunjukkan kekuatan fizikal mereka,” ujarnya.
Sementara aktiviti seni pasir dan ‘Virtual Racing Challenge’ memastikan kanak-kanak terus terhibur ketika berkunjung pada karnival itu.
“Karnival 4WD Nissan ini merupakan satu platform untuk membuktikan apa yang mampu ditawarkan oleh Nissan X-Trail dan Navara dan ia menunjukkan ciri-ciri premium yang pertama dalam kelasnya di samping kelasakan serta keupayaan pacuan empat rodanya.
“Kami berharap pelanggan di Sarawak juga boleh mengalami superioriti crossover dan trak pikap dengan Artikulasi gandar dan laluan berhalangan yang direka khas,” katanya.
Selain itu, pelanggan yang membeli Nissan X-Trail dan Navara juga boleh menikmati pelan pembayaran balik sebanyak RM999 dan RM699 sebulan.
Sementara untuk Almera, hanya RM499 sebulan dan pengenalan Pakej Aksesori Ironman 4×4 Rustcare Sdn Bhd, anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) baru-baru ini telah dilantik sebagai pengedar eksklusif aksesori Ironman 4×4.
Aksesori tersebut membolehkan pemilik meningkatkan aspek keselamatan, prestasi dan gaya kenderaan 4×4 mereka, terutama Nissan NP300 Navara serba baharu.
Pada Karnival Nissan 4WD baru-baru ini, Rustcare Sdn Bhd telah memperkenalkan aksesori 4×4 di Malaysia dan ia dijual oleh ETCM dan Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS).
Terdapat tiga pakej aksesori Ironman 4X4 yang ditawarkan, ‘Challenger’, ‘Challenger Plus’ dan ‘Adventure’ pada harga bermula RM11,000 hingga RM22,000.
ETCM akan memberi tawaran permulaan dengan diskaun sebanyak 15% untuk tempoh terhad.
Selain daripada promosi tersebut, aksesori ini boleh dimasukkan ke dalam pinjaman pembelian NP300 Navara.
Pelanggan yang membeli aksesori Ironman 4×4 layak untuk menerima jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.
Manakala promosi Ogos pula, ETCM dengan bangga mengumumkan kerjasama inisiatif dengan mengambil bahagian dalam Super GT Thailand iaitu lima pelanggan Nissan bertuah yang membeli kenderaan Nissan akan dipilih sebagai pemenang bersama-sama dengan tetamu untuk menghadiri tajaan sepenuhnya, termasuklah penginapan empat malam di Thailand, tiket Grandstand dan pengangkutan ke 2016 Super GT Round 7.
Malah, pemenang juga berpeluang untuk bertemu secara peribadi dengan Juara Super GT dan pemandu pasukan NISMO Super GT Tsugio Matsuda dan Ronnie Quintarelli, di samping peluang untuk ke lawatan eksklusif ke garaj peribadi termasuk safari litar.
Pemenang turut berpeluang untuk mengalami lawatan garaj dekat dan peribadi termasuk safari litar yang mana pemenang mendapat pengalaman perlumbaan kereta memandu lalu di litar pada kelajuan yg berbahaya.
Kempen itu diadakan sepanjang bulan Ogos dengan rebat menarik dan penjimatan sehingga RM10,000 serta tawaran aksesori yang sangat menarik dengan hanya RM1 untuk model Nissan terpilih akan diteruskan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.