KEMAMAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengalu-alukan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengurangkan perbelanjaan sektor awam dengan menggariskan 11 langkah termasukmengurangkan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri berkuat kuasasemalam.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bagi merealisasikan usaha itu, kementeriannya akan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi tujuan melaksana dan menyampaikan dasarkerajaan kepada sasaran dengan lebih cepat dan tepat.
“Melalui penggunaan teknologi ICT, kerajaan tidak lagi perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi bagi menyediakan kain rentang atau papan iklan untuk acara-acara rasmi bagi menjimatkan kos.
“Teknologi ICT juga membolehkan setiap maklumat yang dihantar kepada kumpulan sasaran menjadi lebih mudah, cepat dan tepat,” katanya kepadapemberita ketika ditemui di sini kelmarin.
Ahmad Shabery berkata kementerian itu bersama Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri akan mencadang dan menyelaras penggunaan teknologi ICT secara lebih meluas kepadakementerian-kementerian lain.
Katanya penggunaan mel elektronik (e-mel), sidang video, Skype, Facebook, Twitter, WhatsApp dan sebagainya dilihat sebagai langkah penjimatanterbaik.
Beliau turut menyokong langkah kerajaan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas yang dilihat sebagai usaha membantu meningkatkan ekonomi negara. — Bernama